Ticker

6/recent/ticker-posts

Selepas dikecam melampau oleh netizen isu rakam video sahabat meninggal, Hafiz Mahamad tampil beri penjelasan kenapa dia berbuat begitu...

 


Semalam Hafiz yang juga seorang usahawan muda berkongsi sebuah video perjalanannya ke kediaman rakan karibnya itu yang telah meninggal dunia.


Menerusi video tersebut, Hafiz juga sempat merakam pengebumian sahabatnya itu.Namun, perkongsian itu mengundang pelbagai respon daripada netizen.


Niat baiknya berkongsi detik kehilangan seorang rakan baik sejak kecil ternyata menimbulkan sedikit amarah netizen yang menyifatkan tindakan merakam pengebumian itu kurang sopan.




Ada yang turut mengatakan itu hanya semata-sama untuk ‘content’ dan ‘marketing’ olehnya.


Namun hari ini, Hafiz tampil memberi penjelasan di ruangan komen posting videonya semalam.


“Saya menjaga dia sejak awal dia s4kit, saya call dia dan keluarga setiap hari ketika dia tak sedarkan diri. Sekarang bila dah tak ada, saya cuba jaga keluarga dia pulak dan Alhamdulilah keluarga dia minta saya gantikan tempat “sahabat” untuk masuk menjadi keluarga mereka. Di mana demi sebuah content atau marketing?


“Saya tak pandai nak bentang hadis, saya kurang ilmu agama. Sayang, saya ada sahabat ramai dalam sosial media dan selama ni tak mampu nak kongsi benda yang baik sebab kurang ilmu agama.



“Tapi, saya tak boleh nak tunggu untuk jadi sempurna. Walaupun kurang ilmu agama, saya usaha untuk kongsi benda baik yang boleh diikuti. Sebab dulunya saya berubah kerana ada posting yang baik.


“Bukan salah kamu dan orang lain. Itu cara kamu melihat saya dan saya terima. Ada yang melihat dan dapat manfaat. Ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan.


“Apapun, saya minta maaf dan saya tahu niat hati sebenar saya. Saya minta maaf dan terima kasih,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen dapat dilihat rata-rata pengguna media sosial memberikan kata-kata semangat dan menyokong usahawan tersebut yang dilihat bukan sengaja buat content semata-mata inginkan views.





Nak buat baik boleh je tunjuk..lagi ditunjuk lagi baik..kalau niat nak bagi pengajaran atau inspirasi kat org ramai insyaallah pengorbanannya di beri ganjaran di akhirat....kalau niat hanya untuk keburukan comferm pengorbananya sia² malah dpt dosa..niat manusia kita x boleh baca ya sahabat..."benda baik kita sokong..benda buruk kita tegur" - Oun Khea


Video yg dipapar kan byk memberi pengajaran betapa besarnya nilai erti persahabatan yg sejati. Doakan aje yg baik2 semuga kita juga mendapat rahmat - Rahmah Ramly

Sumber : sinar harian

Post a Comment

0 Comments