Ticker

6/recent/ticker-posts

Gambar Pakai Busana Putih, Netizen Ucap Tahniah Pada Amal Syahmina, Bekas Kekasih PU Riz

 


Jika anda masih ingat, beberapa bulan yang lalu hangat diperkatakan mengenai kisah sedih bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Riz iaitu Amal Syahmina yang dikongsikan di Instagram mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.


Malah, nama gadis itu kembali menjadi bualan ramai netizen apabila PU Riz merisik seorang selebriti terkenal bulan lalu.


Susulan kontroversi itu, gadis itu menjadi perhatian ramai dan perkongsian terbarunya memuat naik foto memakai busana serba putih mencuri perhatian netizen.


Memetik laporan dari portal hiburan rotikaya, Menerusi foto itu, Amal dilihat memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Rata-rata netizen tidak melepaskan mengucapkan tahniah meskipun tidak tahu mengapa dia memakai busana serba putih itu.


Difahamkan, foto tersebut adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun disalah anggp oleh netizen yang beranggapan gadis itu telah dirisik oleh seseorang.




Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata positif kepada Amal serta mendoakan agar gadis itu bertemu jodoh yang lebih baik.


Terdahulu, Amal berkata dia reda dengan segala ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.

Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments