Ticker

6/recent/ticker-posts

Ismail Izzani Bangga Dia Kini Sudah Boleh Beli Seluar Dalam Sendiri

 




Kerjaya penyanyi Ismail Izzani kini dilihat semakin berkembang apabila dia ini menceburkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta.


Kalau dah bergelar artis, sudah pasti media sosial mereka sering menjadi perhatian. Baru-baru ini, perkongsian Ismail mencerusi perhatian apabila dia memuat naik gambar berada di sebuah kedai pakaian.





Penyanyi berusia 20 tahun itu dilihat sedang memegang seluar dalam dan berseloroh dengan mengatakan bahawa dia kini boleh berkahwin kerana sudah boleh membeli seluar dalam sendiri.


Menerusi posting itu, Ismail turut sertakan tanda pagar di perkongsian berkenaan bahawa ianya hanya gurauan semata-mata dan meminta maaf sekiranya tidak kelakar dan mengundang kecaman daripada pengikut.



Diruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian berkenaan. Malah, ibunya penyanyi era 1980-an Datin Suliza Salam turut meninggalkan komen pada entri berkenaan.



Kini menjalin hubungan cinta bersama penyanyi baru, Shalma Eliana, sebelum ini Ismail berkata dia enggan merahsiahkan perkara itu kerana baginya ia bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments