Header Ads

Breaking

Thursday, December 10, 2020

Isteri dedah sikap sebenar Ali Puteh seorang lelaki yang ada prinsip hidup

 




Ramai netizen yang sangka Ali Puteh seorang lelaki yang mudah sentap dan tegas orangnya, ini dapat dilihat dari cara dia membalas komen netizen di media sosial. Ali juga seorang yang tidak akan berdiam diri jika ada netizen berterusan melemparkan kata-kata yang tidak enak kepada dirinya.


Namun itu semua hanyalah telahan orang luar semata-mata, menurut Melati Fitri suaminya tidaklah garang sangat tetapi lebih pada seorang lelaki yang sangat menjaga prinsip hidupnya dan tidak akan mudah putus asa apabila mengejar impiannya.




“Awak rasa dia macam mana?? Ramai yang kata dia garang tapi tak la garang sangat sebenarnya. Dia ngorat time sekolah dulu. Dia punya prinsip selagi dia tak dapat selagi tu lah dia try,” jawabnya.


Sementara itu, Melati mendedahkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya yang ingin mengetahui perangai sebnar Ali dan caranya memikat isteri masa awal perkenalan.







Untuk rekod bersama, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata namun anak kedua mereka meninggal dunia akibat kompilasi jantung.



SUMBER  MSTAR ONLINE via rotikaya



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.