Ticker

6/recent/ticker-posts

Sebelum ni jangkitan kuman di paru-paru, sekarang masalah jantung bengkak dan perlu rujuk pakar dengan segera

 


Baru-baru ini adik Wani Comel dikejarkan masuk hospital kerana masalah kesukaran bernafas. Menurut Nurul Airawani Nazira selepas pemeriksaan lanjut dibuat didapati dirinya mengalami komplikasi jantung bengkak.

"Semua sedia maklum yang saya didiagnos menghadapi jangkitan kuman pada paru-paru baru-baru ini.

"Hari ini (semalam) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya," katanya.



Berita itu dikongsikan Wani menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, jelas Wani dia kini sudah dibenarkan pulang ke rumah buat sementara waktu.

"Buat masa ini saya dibenarkan pulang sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.

"Tolong doakan saya. Ya Rahman, Ya Rahim, aku berserah kepadaMu. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat. Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian," katanya.



Sebelum ini, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.

Terdahulu, Wani bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Kredit foto: Instagram Wani Comel dan Kosmo! via gempak

Post a Comment

0 Comments