Ticker

6/recent/ticker-posts

Suami tak pakai pun minyak wangi kalau keluar bersama, Ika Nabella percaya pada kesetiaan suami tercinta

 





Lama sungguh tidak mendengar perkembangan terkini pelakon versatile Ika Nabella, salah satu drama lakonannya yyang terkesan di hati penonton melalui drama bahagia Bukan Bidaan.


Umum mengetahui, pelakon ini sudah membuat keputusan untuk berhijab pada november yang lepas, Ika juga dikatakan sekarang sibuk menjalankan perniagaan milk booster buat ibu-ibu mengandung.


Sementara itu, Ika dilihat memuat naik hantaran terbaharu di Instagramnya di mana beliau memuat naik swafoto bersama suami tercinta.




Selain tampil berseri di dalam swafoto tersebut, kaspyen yang ditulis Ika juga menarik perhatian.


“Asked him kenapa bila keluar seorang tak pakai perfume? He replied, “tak pakai perfume la bagus you tak risau Sayang!” aikkk?


Sementara itu, Ika sempat berkongsi cerita mengenai suaminya Muhammad Zaid Aznam atau lebih mesra dipanggil Zaid yang memberitahu bahawa dirinya tidak akan memakai perfume setiap kali keluar rumah tanpanya.




Sementara itu, Ika juga memberitahu bahawa dirinya tidak pernah musykil dengan tindak tanduk suaminya itu. Dalam erti kata lain, percaya pada suami.


“Sayang @zaidbowie I tak pernah risau segala tingkah laku, tindak tanduk you. Belum tahap tu lagi hahahah. Pakai la sebotoi perfume pun tak pa aih! Anything happen its between you and Allah. I believe Allah will guide us to the right path. He will definitely bagi I hint kan?”


“Besides, I kan biniiiii! Instinct bini kan tak pernah silap. Setuju tak bini-bini sekalian?

Hahahaha bini ni kadang2 buat chill tapi jgn ingat kita terlepas pandang. Sekilas ikan di kolam….. 😙”


Rata-rata kaum wanita juga bersetuju dengan kenyataan Ika bahawa firasat isteri-isteri tidak pernah salah.Ini merupakan komen netizen





Untuk makluman anda semua, Ika sebelum ini agak keberatan untuk berkongsi dan mengumumkan dirinya sudah berhijab, namun dengan sokongan dan dorongan rakan-rakan, dirinya kini kuat dan memohon orang ramai mendoakannya supaya dirinya terus istiqomah.

Insha Allah.. Aamin

 


Sumber : Instagram Ika Nabella via hotfm

Post a Comment

0 Comments