Ticker

6/recent/ticker-posts

Jururawat Pula Tampil Buat Laporan Polis Jadi Mangsa Pendakwah Muda

 



Wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jururawat swasta di Kuala Lumpur mendakwa menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas mula berkenalan dengan susp#k pada Mac 2018.


Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, susulan laporan yang dibuat wanita itu, setakat ini pihaknya telah menerima sembilan laporan polis.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.

“Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Sri Muda, S#ksyen 25 Shah Alam hari ini.


Ketika ditanya modus operandi susp#k, Noor Azam berkata, mangsa dan susp#k berkenalan di media sosial sebelum berpura-pura mengajak mangsa keluar makan hingga dibawa pulang ke rumahnya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan susp#k kini masih dalam perintah reman sehingga Jumaat.



 

Semalam, susp#k yang juga bekas peserta realiti keagamaan itu direman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya di Petaling Jaya atas dakw.aan mergol, menc.abul dan melakukan s3ks luar tabii.


Polis Petaling Jaya sebelum ini menjalankan siasatan kes mengikut Se.ksyen 376 Kanun Kesksaan (mergol), Seksyen 377C Kanun Kesksaan (se.ks luar ta.bii) dan Seksyen 354 Kanun Kesksaan (menc.abul).



Polis daerah Petaling Jaya membuat permohonan reman ke atas suspk bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dua laporan polis terhadap suspk pada 29 dan 30 November lalu.


Laporan polis pertama dibuat di IPD Petaling Jaya pada 29 November lalu oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga pelajar kolej swasta atas dakwaan dica.bul dan dipaksa melakukan s3ks oral oleh suspek di sebuah rumah di Damansara Perdana di sini.

Laporan polis kedua dibuat pada 30 November lalu di Balai Polis Damansara oleh seorang guru wanita berusia 22 tahun atas dakwaan dir0gol oleh suspk juga di sebuah rumah di Damansara Perdana.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments