Header Ads

Breaking

Tuesday, December 8, 2020

Saya Nak Bersemuka Dengan Michael Ang, Apa Masalah Dia Dengan Saya?, Tanya Noraniza Idris

 



Penyanyi terkenal, Noraniza Idris adalah salah seorang peserta dalam program hiburan Gegar Vaganza tahun ini.Semua sedia maklum Kak Ani memang sudah biasa dengan genre irama malaysia.Kepopularan beliau sudah tidak perlu diperkatakan lagi.Tapi baru-baru ini tular di media sosial kritikan dan teguran dari Michael Ang berkenaan persembahan Kak Ani dalam program tersebut.


Menurut Noraniza meskipun dia langsung tidak membaca komen netizen namun cemuhan oleh pengarah tersebut membuatkan emosinya terganggu. Malah, apa yang ditulis oleh Michael mengguris hati ahli keluarganya.


“Saya tidak akan baca komen negatif ditulis netizen, pihak pengurusan selalu akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.



“Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan dengan saya. Kalau sekalipun tak suka saya, sekurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertangingan.




“Saya boleh terima komen negatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh mencalarkan maruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya.


Dalam pada itu, Noraniza turut meluahkan hasratnya untuk bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan. Ujarnya, dia bukan jenis yang hanya akan berdiam diri.


“Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau menangis. Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia. Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.



“Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Teruk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang? Walaupun saya tidaklah bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina.


“Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa. Bila saya baca komen negatif macam tu, saya akui ada kalanya saya tak boleh fokus dalam memberikan persembahan,” katanya.




 

SUMBER  MSTAR ONLINE via rotikaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.