Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki melayu bukan taste Isha Norsham, teringin sangat nak dapat suami Korea

 




Pengacara baru Isha Norsham mula dicungkil bakatnya menerusi rancangan astro gempak tv. Baru-baru ini, insan jelita ini menjadi perhatian ramai netizen apabila kisahnya disiarkan di satu akhbar tempatan.

Apa yang menjadi bualan ramai gadis berkulit hitam manis itu tidak berminat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu dan lebih memilih lelaki berasal dari Korea.




Gadis berusia 24 tahun mengakui dirinya masih solo, Isha juga turut memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya perlulah mempunyai ketinggian 180cm ke atas.


Dek kerana terlalu minat dengan aktor dari Korea, Lee Min Ho, Isha berkata dia impikan lelaki serta pasangan yang mempunyai ciri-ciri fizikal sama seperti aktor tersebut.


“Ciri-ciri terpenting untuk menjadi pasangan saya ialah harus mempunyai ketinggian 180cm ke atas. Kini saya memang sedang cari lelaki yang mempunyai kriteria tersebut untuk dijadikan suami. Syarat ini saya tetapkan kerana saya sukakan Lee Minho,” katanya.




Berasal dari Perlis, Isha pernah menjadi penari dan terlibat dalam program Astro On Air. Gadis ini juga dikenali di TikTok dengan 57,000 pengikut kerana pernah viral selepas melakukan #anysongchallenge.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments