Ticker

6/recent/ticker-posts

Mayat Bakal Pengantin, Naim Hariri Ditemukan

 


Mayat bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31 tahun  akhirnya ditemukan hari ini. 

Beliau yang berasal Cheras datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, pada 26hb December.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris mengesahkan penemuan mayat bakal pengantin itu di Pantai Alor Tuman selepas hampir 48 jam operasi mencari dan menyelamat digerakkan.






 

Jen4zah Naim Hariri dibawa naik pada jam 10.10 pagi tadi.

Naim Hariri dipercayai ditarik ombak ketika mandi di Pantai Kelulut di sini dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bakal pengantin dipercayai lem4s selepas ditarik ombak ketika mandi.

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, dia yang sedang memasang khemah untuk majlis berkenaan dimaklumkan anaknya mengenai kejadian menimpa bakal menantunya.


“Kami kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa dengan ahli keluarga besan.


“Kita reda dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa segera ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian Pantai Kelulut di sini, hari ini.


Menurut Ismail lagi, pasangan itu bertunang bulan lalu selepas berkawan selama beberapa tahun.



 

“Mereka sampai di sini semalam dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya.

Sumber : cempedakcheese

Post a Comment

0 Comments