Semalam, Neelofa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab segala spekulasi tentang status hubungannya dengan PU Riz. Menurutnya, kesemua dakwaan terhadapnya itu tidak benar sama sekali. Tambahnya, dia berharap orang ramai memberi ruang dan tidak membuat sebarang spekulasi.
Rentetan daripada kenyataan yang dikeluarkan Neelofa, segelintir netizen mendakwa bekas pengacara ‘Meletop’ itu seharusnya memberi nasihat dan teguran buat ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum menyalahkan netizen. Ini kerana, netizen mendakwa kontroversi tersebut tercetus apabila mereka melihat posting dan tindakan ahli keluarga Neelofa yang ‘unfollow’ PU Riz di Instagram.
Jangan buka cerita
Di Twitter, rata-rata netizen mendakwa kontroversi yang berlaku tersebut berpunca daripada keluarga Neelofa. Mereka juga mendakwa, keluarga Neelofa sepatutnya bertenang dan menunggu keputusan daripada tuan empunya badan terlebih dahulu. Tambah netizen, keluarga Neelofa tidak perlu membuka ‘cerita’ kepada umum.
Please advice your family
Sumber : Ohbulan
0 Comments