Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai Yang Salah Faham, Isteri Tidak Ada Hak Ke Atas KWSP Suami Jika Suami Sudah Meninggal Dunia

 



Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata

Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami men1nggal tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa, kalau masih sama-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.


Maksud Penama Dalam KWSP


Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami men1nggal dvnia walaupun penama adalah isteri.


Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu? Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita.


Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.


Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak. Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.


Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?





Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.


PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.


Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli. Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak. Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.


Kalau isteri atau anak si mvti ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.


Ambil Tahu Apa Itu Penama


Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam). Pastu jika si mvti berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid.





Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!


Bukan g1la harta. Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.


Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.


Jadi suami-suami, silalah HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.


Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.


Banyak cerita kita dengar, suami men1nggal, isteri terpaksa tanggung hvtang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.


Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan d4rah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si m4ti jadi mvngsa.


Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati s3tan dah terbuka luas, n4fsu pun bersarang, dvrah daging sendiri pun tak heran dah.


Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab g1la harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.


Fikir-fikirkanlah Akhirat Sama


Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.


Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.


Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab 4jal m4vt hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si m4ti dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.

Post a Comment

0 Comments