Ticker

6/recent/ticker-posts

Segala jenis cacian khas untuk Amani dan Fahad, netizen naik bengang tonton cinta sekali lagi

 


Pasti ramai yang menjadi peminat setia drama bersiri cinta sekali lagi yang menampilkan barisan pelakon handal dan popular.Kisah yang menampilkan cinta tiga segi atau bersegi2 ini berjaya menarik perhatian penonton kerana jalan ceritanya , ya ampun memang boleh memberi tekanan perasaan dan jiwa kepada penonton.




Jadi tidak hairanlah sekiranya drama ini menjadi trending dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.


“Semua carutan boleh guna Fahad dan Amani je”

Drama yang menggandingkan pelakon hebat Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha ini ternyata memberi impak yang besar buat penonton dan peminat setia drama melayu.


Malah, ada yang membandingkan watak Amani dan Farah lakonan Mimi Lana dalam drama Hati Yang Tersakiti yang dianggap ‘sangat’ menyakitkan hati.




Chill lah geng…

Bagaimanapun, muat naik Saharul Ridzwan menerusi akaun instagram miliknya turut dibanjiri pelbagai komen yang mengecam lakonan beliau menerusi drama tersebut.




Drama ini hanyalah sekadar drama dan janganlah kita sampai terlupa adab dan sopan santun sampai ada yang pergi marah-marah ye. buat semua penonton Cinta Sekali Lagi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 malam hanya di TV3.


Kredit : XTRA

Post a Comment

0 Comments