Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada duit, terpaksa makan nasi sekali sehari, kata Mat Zaid

 


"Kami tujuh beranak sudah 10 bulan terpaksa catu makanan dengan makan nasi sekali sehari kerana tiada duit," kata Mat Zaid Sulaiman.


Mat Zaid, 41, yang tinggal di rumah usang yang sudah separuh roboh di Kampung Jelaping, dekat sini, malu untuk meminta sedekah daripada penduduk sekampung walaupun terdesak.


Katanya, dia berdepan dengan keadaan itu kerana upah menoreh getah terjejas teruk berikutan wab4k pandemik C0vid-19 dan disusuli musim hujan ketika ini.



"Saya lebih banyak mengajar lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun makan makanan ringan sepanjang hari termasuk biskut kering dicicah dengan teh 'O'.


"Ada kalanya saya bersama isteri menitiskan air mata melihat anak diberi makanan seumpama itu sebagai menu harian walaupun kurang berzat.


"Malah, lauk untuk makan tengah hari pula bergantung kepada kemampuan terutama sekadar telur digoreng cicah kicap," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.


Mat Zaid berkata, dia bingung memikirkan masa depan keluarganya dan ditambahkan pula sukar mencari peluang pekerjaan lain bagi menampung perbelanjaan.


Katanya, dia tidak mengambil kisah tinggal di rumah usang itu asalkan keluarganya dapat makan setiap hari.


"Anak memahami hidup kami miskin dan terpaksa terima hakikat tidak mampu berbelanja seperti orang lain walaupun ada kalanya mereka minta lauk ayam.


"Paling merisaukan apabila sekolah dibuka awal tahun depan dan sudah tentu perbelanjaan besar diperlukan untuk tiga anak," katanya.

Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments