Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada Perancangan Terbit Semula Program Realiti Agama Da’i, kata TV3

 


Menurut laporan dari MalaysiaKini, Tv3 berkata pihaknya buat masa ini tidak bercadang untuk menerbitkan  semula program Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas tiga tahun melabuhkan tirainya.

Menurut TV3 lagi, pihak mereka sudah tidak menerbitkan sebarang bentuk program baru seperti itu.


“Tiada perancangan untuk menerbitkan Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas musim terakhir program tersebut berakhir pada tahun 2017,” katanya.




Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit bekas pesertanya. Terbaru seorang bekas bekas pesertanya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mer0gol, menc4bul dan melakukan hubungan s33ks luar tabii.



Sebelum ini pula hangat diperkatakan mengenai seorang lagi bekas peserta iaitu Da’i Farhan dengan isu rumah tangga dan penceraian.

 

SUMBER  MALAYSIAKINI via rotikaya

Post a Comment

0 Comments