Header Ads

Breaking

Wednesday, December 16, 2020

Adik lelaki cadang supaya saya bercerai dan kahwin sepupu yang saya minat sejak mase zaman remaja dan dia kini baru menjanda

 



Macam ni, saya bujang tua tunggu pencen 3 tahun lagi. Mak Bapak dah puluh tahun menigal. KWSP banyak dan tak pernah guna beli rumah. Januari ni kahwin anak dara tua yang muda 10 tahun dari saya. Duit KWSP dia dah guna beli rumah. Nak ikutkan pendapatan tak terjejas. Cuma bisnes ada slow. Tapi dia suruh gak keluar 10K one off tu. Tebus pajak gadai barang kemas dia. Dia rajin kerja  kumpul emas. Saya gadai emas dia untuk belanja kahwin.


Masalah nya, beradik tak suka isteri saya. Cakap mata duitan nak sakau duit pencen saya. Tak kasi keluarkan duit 10K. Simpanan hari tua saya. Sebab bulan bulan dah keluarkan 500. Nanti pencen saya kurang banyak. Dah lah isteri saya berkira bab duit. Diorang dah tengok b’moh. Nanti dapat duit bini tigalkan saya. Bini saya terdengar, gado besar dan halau kak adik saya dari rumah kami. Diorang memang rajin bertandang. Jika bini lambat buka pintu, diorang call saya. Tu rumah sewa kami. Kongsi bayar sewa, sgala bil dan makanan.



Rumah isteri beli, dia sewakan orang sejak 5 tahun dulu. Duit tu dia simpan bank dan tak kasi saya pakai pun. Dia asik ungkit barang kemas dia yang saya bungakan. Pada saya tak perlu bayar, hantaran tu. Dah guna untuk kenduri belah dia, baki siap simpan bank. Kenduri belah saya dia tak kasi buat, tak nak pijamkan duit sanpai bergado dgn beradik saya. Kesian kak saya sampai menangis. Bengkak juga hati saya ni.


Memang saya bnyak bual adik beradik. Adik lelaki cadangkan saya bercerai dan Kahwin sepupu yang saya minat gila mase zaman remaja dan ia baru menjanda. Lagipun adik cakap selalu nampak isteri dengan lelaki lain. Ya Dato tu pelabur bisnes isteri. Dia pun selalu puji dato  tu beriman, bertangjawab lagi bijaksana. Kutuk saya yang jarang solat. Jahil agama. Nyirap jer darah saya.


Adik lelaki saya memang gado isteri saya pasal tanah pusaka isteri. Adik dah janji broker nak jual tapi isteri tukar fikiran. Tak pepasal adik hutang. Saya juga kena langsaikan. Isteri saya pun kuat melawan saya dan kakak saya. Tak nak accept fb kak saya. Sampai kak, ipar, biras, kena buat fake akaun. Kak saya tak suka dia deco rumah, beli perabot macam macam lah. Masak mewah mewah. Lepas tu paksa saya makan banyak banyak.



Rimas saya. Duit duit. Memang dia beli pakai duit dia. Tapi pabila duit dia habis dia mengamuk kat saya. Mrah saya tolong beradik saya yang bercucu. Kadang macam nak setuju kak saya. Adik beradik dah kenal puluh tahun. Bini tak sampai setahun. Bila bila masa boleh tigalkan saya. Tapi adik beradik, anak anak cucu cucu saudara takkan tigalkan saya. Kami darah daging dah bersama sekian lama.


Ni saya pura pura lupa pasword i akaun. Sibuk isteri desak pergi KWSP sblm 21hb sebab dia kata nanti dia kata beratur panjang. Ikut hati nak pangg dia macam abang saya suruh. Tapi pakkal jer perut dia besar ada kembar lelaki.. Kadang macam nak percaya jer cakap b0 moh yang adik dan kak saya bawa. Entah entah anak dato tu..


Sumber : sostomato.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.