Ticker

6/recent/ticker-posts

(6 Gambar) Lima remaja perempuan 15 - 17 tahun cuba pecah masuk stesen minyak kantoi

 


Masalah akhlak dan moral melibatkan remaja kita semakin menjadi-jadi. Selalu kita dengar lelaki yang selalu mer0mpak atau pecah masuk rumah/kedai orang. Kali ini berbeza sedikit apabila 5 orang remaja perempuan pula kantoi.

Lima remaja perempuan dit4han ketika cuba mem3cah masuk sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, Tikam Batu di sini semalam.

Remaja perempuan tersebut yang berumur antara 15 hingga 17 tahun dit4han oleh pemilik stesen minyak tersebut pada pukul 2.30 pagi.

Mereka sanggup bertindak cuba mem3cah masuk premis itu apabila terdesak untuk menjelaskan bayaran kereta yang disewa.




Pemilik stesen minyak itu, Azzurin Hassan, 32, berkata, dia mengesan perbuatan remaja perempuan itu yang sedang menggumpil pintu selepas melihat kamera litar tertutup (CCTV) sebelum men4han mereka.

Katanya, dia yang tinggal berdekatan stesen minyak itu terkejut melihat tiga remaja perempuan sedang cuba mem3cah masuk melalui pintu belakang premis tersebut.

“Saya dan beberapa orang jiran kemudian mengepung kawasan stesen minyak itu sebelum men4han dua remaja manakala seorang sempat melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang menunggu di dalam kereta,” katanya di sini hari ini.

Remaja terbabit berasal dari sekitar daerah ini, Baling dan Sik.




Menurut Azzurin, remaja yang dit4han itu mengaku mereka telah merancang mem3cah masuk premis perniagaannya untuk mencvr1 menggunakan seb1lah gergaji kayu dan sebatang besi.

“Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan bayaran kereta jenis Perodua Viva yang disewa melebihi tempoh sejak beberapa hari lalu.

“Remaja yang dit4han itu dibawa ke Balai Polis Tikam Batu dan selepas dihubungi tiga lagi rakan mereka datang menyerah diri di balai itu,” katanya.

Menurutnya, hasil temu bual dengan kesemua remaja itu tidak bersekolah dan tidak lagi tinggal bersama keluarga masing-masing kerana ingin hidup bebas.    

Berikut adalah komen dari netizen yang rata-rata tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan.





Bagaimanapun, tambahnya, dia tidak membuat laporan polis tentang kejadian itu kerana tidak mengalami kerugian sebaliknya sekadar memberi nasihat sebelum melepaskan mereka. 

Kredit : UTUSAN

Post a Comment

0 Comments