Ticker

6/recent/ticker-posts

“Masing-Masing Kini Dah Bahagia..” - Berlakon Semula, Izreen Azminda Harap Tak Ada Netizen Yang Ungkit Kisah Lama

 


Lama tidak mendengar gossip dan juga lakonan dari pelakon cantik manis, Izreen Azminda Bagaimanapun, kerinduan netizen terutamanya peminat pelakon ini terubat apabila dia akan membuat kemunculan semula dalam drama terbaru berjudul hadiah dari tuhan.


Izreen berharap kemunculan semula dia dalam dunia seni tidak lagi dikaitkan dengan kisah-kisah hangat mengenai kehidupan rumah tangganya seperti sebelum ini.

"Suami beri keizinan saya untuk berlakon semula, bukan apa saya sebenarnya gian nak berlakon balik. Itu memang minat saya.


"Saya harap dengan kemunculan semula saya dalam bidang lakonan ini, orang di luar sana dah tak perlu nak ungkit kembali benda yang dah lepas (kisah rumah tangga).


"Semua dah move on dengan kehidupan sekarang, masing-masing dah bahagia.


"Saya cuma harapkan orang ramai di luar sana mendoakan kebahagiaan semua pihak," katanya kepada mStar.



"Walaupun saya dah kembali semula dalam bidang ini tapi saya kena jadi lebih selektif.


"Sekarang dah tak boleh shooting lama-lama sangat sebab ada anak kecil. Kalau dulu, sampai awal pagi masih ada lagi di set penggambaran.


"Tapi, saya faham kalau waktu penggambaran itu terpaksa dilanjutkan kalau ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan seperti hujan.. itu tidak mengapa.


"Apa-apa pun yang penting kita kena saling bertolak ansur dengan pihak produksi, semua kerja akan jadi mudah," katanya.

Berikut komen dari netizen





Untuk rekod, Nama Izreen sebelum ini hangat diperkatakan selepas kahwin secara senyap-senyap dengan pemuzik, Ude Wahid tanpa pengetahuan bekas madunya, Intan Saleh.


Izreen dan Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara, Selangor.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments