Ticker

6/recent/ticker-posts

7 Tahun Bercinta, Kekasih Beri Alasan Balik Kampung, Rupa-Rupanya bertunang Dengan Lelaki Lain!

 


Lumrah insan bercinta akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran sebelum berjaya melangkah ke alam perkahwinan. Ada yang berjaya menjadi suami isteri dan tidak kurang ramai yang kecundang ditengah jalan. Kekasih bermain kayu tiga itu perkara normal kita dengar dalam masyarakat kita.


Namun apa yang berlaku pada seorang lelaki yang menggunakan nama fb, Angah Jea cukup berbeza dengan pasangan lain. Dia meluahkan rasa sedih apabila ditipu oleh kekasihnya sendiri setelah hampir tujuh tahun berkenalan dan berkasih sayang.


Artikel yang dikongsikan di blog hiburan ohbulan ini menyatakan lagi menyedihkan apabila perempuan tersebut sebenarnya sudah pun menjadi tunangan orang lain!


Subahanallah… Allahhuakbar..Tuhan nak tunjuk yang selama 7 tahun aku bersama dia ni aku ditipu… Aku betol-betol tak sangka begini pengakhiran cerita aku dengan dia..Tiba-tiba pagi ni dapat gambar ni semua… sanggup kau tipu aku selama 7 tahun aku sayang kau … 

dan aku bukannya sayang main-main, aku boleh buat apa pon untuk kau, aku dah banyak kali ajak nikah ajak kawin. Sia-sia aku bela kau selama 7 tahun sama-sama dengan aku. Kenapa perlu sorok-sorok sedangkan kau dah tunang dengan budak tu tapi kau masih pura-pura tak ada apa-apa jadi..

Tapi kau pura-pura masih bersama dengan aku sampai sekarang, betul-betul aku kena tipu hidup-hidup. Peritnya jaga dan mencintai jodoh jodoh org selama 7 tahun ..


Jelas lelaki itu, dia sudahpun bersama wanita itu hampir tujuh tahun, sepanjang perkenalan mereka dia sudah beberapa kali mengajak wanita itu untuk berkahwin namun pelbagai alasan yang diberikan. Segala persoalannya terjawab apabila dia ‘terjumpa’ beberapa keping foto wanita tersebut bersama lelaki, ditambah pula dengan fotonya bertunangnya.


Kenal tahun 2019


Baru harini aku dapat tau yang dia dah kenal dengan lelaki tu dari 2019, tapi aku tak tau dia kenal dari mana, apa semua sebab aku bukan jenis nak sekat kebebasan dia, tapi tak tau plak dalam masa 2019-2021 ni banyak kali dia keluar rumah dating dengan lelaki tu. Segalanya terjawab apabila adik aku menghantar gambar awek aku dah bertunang siap pakai baju pengantin, 3 keping gambar yang dia dah post kt Instagram.


Jelasnya lagi, bakal isterinya itu sudah mengenali lelaki itu sejak tahun 2019, namun dia ketika ita hanya bersangka baik dan menganggap mereka berdua hanyalah sekadar kawan biasa. Namun, segala tipu helah wanita itu terbongkar apabila adiknya menunjukkan gambar wanita itu sedang bertunang, siap bergambar bersama tunangnya lagi.


Jelasnya lagi, dia sudahpun menghubungi dan mendapatkan keterangan daripada wanita tersebut, dan wanita itu telah mengaku telahpun bertunang dan meminta maaf kepadanya. Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga sempat berjanji tidak akan lagi menganggu wanita itu yang kini sudahpun menjadi milik orang lain.


Konon nak balik kampung


New year haritu dia cakap nak balik kampung dari Khamis sampai Isnin, 4 hari. So bermakna kalau nak ikutkan harini 4/1 dia balik KL dekat aku balik. Aku sebenarnya ada plan nak ajak dia jalan-jalan/bercuti. Tapi tak dapatlah sebab dia nak balik kampung 4 hari, Isnin dia balik KL dah, start kerja balik hari selasa. 

So masa hari sabtu 2/1 masa dia kat kampung aku saja-saja Whatsaap dia… aku kias-kias…aku cakap kat dia “tengok status kawan-kawan lain semua keluar jalan-jalan bercuti sana sini new year”, tapi aku ni terperuk je kt rumah sebab dia balik kampung,  so dia cakap takpelah lah nanti hari minggu depan kita keluar…


Kisah pertunangan, itu bermula apabila teman wanitanya memberikan alasan ingin pulang ke kampung bersempena cuti tahun baru dan ingat melawat ibunya. Pada mulanya, dia sudah merancang untuk pergi bercuti bersama teman wanitanya, namun segala perancangan itu terpaksa dibatalkan berikutan wanita itu sudah pulang ke kampung. Wanita tersebut juga sempat memberikan ‘janji’ palsu akan meluangkan masa bersama lelaki itu sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur.


Namun, janji tinggal janji apabila wanita itu sudahpun bertunang dengan lelaki lain.


Walaupun pahit nak mam*** aku tetap kena terima, Allah dah aturkan semua untuk aku… Perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.


Sumber: Angah Jea via ohbulan

Post a Comment

0 Comments