Ticker

6/recent/ticker-posts

(6 Gambar) Gayakan Rambut Merah Sebijik Watak ‘Black Widow’, Kenapa Rebecca Nur Islam Tutup Ruangan Komen Di Instagram?

 




Sudah agak lama kita tidak mendengar cerita dari pelakon berbakat besar, Datin Rebecca Nur Al Islam. Baru-baru ini beliau ada memuat naik satu status di laman ig nya, status terbaru beliau nampaknya telah menarik perhatian netizen apabila dia dilihat menggayakan busana dan rambut palsu berwarna merah seperti watak filem Hollywood, Black Widow.


Rebecca dilaporkan pada ketika itu sedang meraikan sebuah majlis hari jadi anak sahabatnya di sebuah hotel dengan tema adiwira, baru-baru ini.



Turut kelihatan, suami tersayang iaitu Datuk Nur Azam Sulaiman turut memakai kostum watak Thor dalam majlis tersebut.





Pelakon itu dilihat menggayakan rambut palsu warna merah terang dan baju dalam berwarna hitam pada bahagian leher.


Pada majlis itu, Rebecca dan beberapa tetamu wanita lain turut bermain permainan mencari suami yang kini sedang viral di beberapa buah negara Asia ketika ini.

Pelakon jelita itu mengambil jalan selamat apabila bertindak menutup ruangan komen di beberapa video dan gambar yang dimuat naik di media sosial berkenaan dengan acara itu.

Mungkin tidak mahu netizen memberi komen ‘panas’ barangkali?


Namun ini beberapa komen netizen diambil dari fb beautifulnara, 





SUMBER : Instagram Rebecca Nur Al Islam

Artikel dari blog beautifulnara

Post a Comment

0 Comments