Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Dapat Tajaan Mewah RM13.5 Juta, Haris Aliff Dan Intan Ladyana Umum Kahwin 6 Februari Ini

 


Kisah percintaan antara dua selebriti popular ini iaitu Harris Alif dan Intan Ladyana bukanlah satu rahsia lagi. Semua peminat tanah air sudah mengetahui mengenai hubungan cinta mereka berdua.


Terbaru, teka-teki mengenai bilakah pasangan ini ingin melangkah ke alam perkahwinan akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti itu telah mengumumkan berita gembira ini bahawasanya pada 6 februari depan mereka akan melangsungkan perkahwinan.



Sidang media mengenai pengumuman tarikh perkahwinan pasangan ini telah disiarkan sebentar tadi di laman youtube.


Intan Ladyana turut menjelaskan perkahwinan mereka nanti akan ditaja oleh Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta berupa barangan kemas, majlis pernikahan dan juga majlis resepsi. Kerlas kawww...



Berbaki cuma sebulan dari tarikh perkahwinan pasangan selebriti ini akan berlangsung, Haris juga dilihat berkata persiapan perkahwinan mereka sudah hampir 90 peratus siap memandangkan mereka sudah membuat persiapan lebih awal.

Tambahnya lagi, dia dah keluarga sudah datang merisik pada bulan julai yang lalu iaitu selepas sebulan ulang tahun kelahiran Intan.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan ramai juga kelihatan seakan tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan mereka bulan depan..





Alhamdulillah, semestinya berita gembira ini pasti menjawab teki-teki dari kedua-dua peminat selebriti popular ini.


Kita doakan agar mereka senantiasa bahagia dan seterusnya menempuh alam perkahwinan tanpa ada dugaan.Insha Allah


Artikel telah dipetik dari portal hiburan rotikaya...

Post a Comment

0 Comments