Ticker

6/recent/ticker-posts

Auni Ameera beri penjelasan sebenar tentang Dybbuk Box yang kini trending yang boleh merosakkan akidah umat Islam

 



Viral di media sosial apabila seorang youtuber bernama PrinceMeed yang dikatakan telah membuat satu pembelian Dybbuk Box di laman eBay.Dan selepas membuat video unboxing dia terus dihantui oleh bermacam-macam kejadian aneh, seram dan menakutkan sehingga membuatkan beliau terpaksa berubat dengan seorang ustaz.

Namun, netizen mesti tertanya-tanya apakah itu Dybbuk box? Menjawab persoalan itu seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Auni Ameera tampil memberi serba sedikit penjelasan tentang perkara tersebut.

Berikut adalah tulisan beliau yang dikongsikan di laman fb beliau.

Apa itu Dybbuk box?

I jelaskan sikit supaya anda faham dan harap tidak percaya pada trending mengarut yang boleh meros4kkan Aqidah.

Dybbuk box adalah satu kotak haunted dan percaya bahawa box ni benar² berhantu boleh boleh membawa anda kepada kepercayaan Khur4fat. Benda ni datang dari zaman kuno yahudi. 

Dybbuk:




Dybbuk adalah h4ntu, roh atau semangat j4hat dalam kepercayaan Yahudi. Orang Yahudi zaman dulu percaya yang hantu ni (Dybbuk) berasal dari roh atau semangat orang m4ti, Semangat j4hat yang tak tenang berlegar² di muka bumi untuk menghantvi badan manusia (atau) buat badan manusia hidup sebagai rumah (atau) tumpangan dia. Kalau hantu ni datang kat anda, Dia akan buat 3 pilihan seperti di atas.

Kepercayaan yahudi ni adalah tak betul sebab dalam Islam, Kita diajar bahawa setiap nyawa yang hidup akan m4ti, dan bila kita m4ti, Roh kita akan terputus dengan dunia sama sekali, Roh kita tidak akan berlegar², tiada lagi semangat atau spirit kita tertinggal dalam dunia atau masuk alam jin.

Box:

Box yang selalunya yang orang yahudi zaman dulu simpan Wine, atau box dia orang simpan Duit, Barangan berharga. Orang yahudi percaya yang Dybbuk akan buat kotak² ni sebagai perantaraan antara Dybbuk dengan manusia. Mereka akan cakap Dybbuk merasuk seseorang jika seseorang tu kuat m4buk. Zaman dahulu orang yahudi yang kuat m4buk dan mereka akan bawa kotak² untuk isi mereka punya ar4k. Mereka juga percaya yang orang j4hat atau banyak d0sa bila m4ti, roh mereka akan bertukar menjadi Dybbuk dan meras0k orang hidup. 




Dybbuk Box:

Iaitu kotak yang telah di huni oleh roh j4hat Dybbuk. Kotak ni orang akan puja dan ikat dengan rantai kononya dalam tu ada Dybbuk (khur4fat). Mereka akan puja² supaya Dybbuk ni duduk dalam dan tak akan keluar dari kotak, Kalau mereka berhenti puja, Dybbuk akan keluar dan mer4suk orang. Macam orang melayu pergi sembah atau simpan jenglot kononya itu langsuir padahal bila buat DNA test kantoi itu bangk4i kelawar.

Kesan rasukan Dybbuk:

Selalunya orang yang kena rasuk Dybbuk ni akan jadi mental breakd0wn, akan jadi g1la dan lain-lain, TETAPI hantu dybbuk tak akan pergi tolak trolley tak akan buat bunyi tapak kaki, tak akan ketuk pintu rumah, tak akan tak0t-t4kutkan kau. Hantu Dybbuk tak buat classic punya cara kacau kau sana-sini. Once Dybbuk pilih anda sebagai tumpangan dia, Anda akan perlahan-lahan menjadi g1la dan hilang kewarasan.

Rawatan:

Dalam fahaman mereka, rawatan kalau kena sampuk dengan Dybbuk ni HANYA boleh dilakukan oleh Rabbi yahudi, Bukan ustaz, bukan paderi, Tapi Rabbi yahudi sahaja, Kalau kau panggil ustaz, dengan ustaz² tu nanti dia sampuk sampai mental.

Cara rawatan:

Rabbi akan buat exorcisms kat kau. Ikat atas katil kemudian 'rukyah' kau ramai².

MODERN ERA:

Asal kepercayaan ni sebab orang dulu tak ada ilmu, Dulu orang g1la atau mental breakdown mereka akan claim orang tu kena r3suk. Dan kalau ada anak down syndrome, mereka akan cakap itu anak hantu dan buang budak tu. Selalunya orang dulu akan claim kotak this and that berhantu sebab tak nak barang berharga mereka kena curi.

********




Dalam Agama kita:

Jika kita percaya bahawa ada mahluk lain yang boleh atau mampu membawa mud4rat kepada kita adalah salah sama sekali, Tak ada satu Jin, Hantu atau Sy4itan pun mampu ganggu kita tanpa Izin Tuhan. (dan Tuhan tak suka² nak izinkan atau benarkan Jin, Hantu Sy4itan pergi kacau kau).

Dalam agama kita juga:

Kalau kita pergi beli barang kononya berhantu dan test barang tersebut, itu adalah Khur4fat. Kalau kita masuk rumah kosong dan menduga² Jin, Itu adalah perbuatan yang Islam larang sama sekali dan boleh jatuh Syirik sebab kita kita percaya adanya ku4sa myst1c atau sesuatu yang lebih berkuasa ke atas kita selain Allah. 

Situasi 1:

Sendiri beli, Sendiri Takut, Sendiri acah kena sampuk.

Sitiasi 2:

Sendiri masuk hutan, Sendiri masuk rumah kosong, Sendiri takut kat situ sorang².

Situasi 1 dan 2 dilarang dalam Islam sebab ini perbuatan b0doh dan sia-sia. Jin ni sebenarnya kalau kau tak cabar, tak menduga² mereka, mereka tak akan kac4u kau sebenarnya. Dan Islam sangat melarang kita untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan Jin. Cukup kita percaya and move on dengan kehidupan kita sebagai manusia.

Islam tak ajar kita untuk jadi Gh0stbuster malah islam Melarang kita benda² macam ni sebab boleh membawa kepada Khur4fat dan Syirik..

Quran dan Kitab ulama kau tak nak study, ini kotak yahudi mabbook yang kau pergi beli.

_____

Nota:

Semoga kita semua bertaubat.


Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai komen, ada yang bersetuju dan ada yang kurang bersetuju. Ada juga yang memberi komen kononnya PrinceMeed hanyalah seperti youtuber lain yang sengaja buat cerita semata-mata untuk sesuap like dan perhatian dari netizen..





Apapun, perkara ilmu ghaib ini memang wujud tapi kita perlulah berfikir dengan matang sebelum mempercayai bulat-bulat cerita yang timbul di internet khususnya..


Sumber dari FB Auni Ameera

Post a Comment

0 Comments