Ticker

6/recent/ticker-posts

Kongsi Gambar Tangan Lelaki Misteri, Benarkah Mawar Karim Sudah Temui Pengganti Fizo Omar?

 


Mawar Karim yang merupakan bekas isteri kepada selebriti popular Fizo Omar baru-baru ini ada memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya bersama susuk tangan seorang lelaki misteri dalam instagramnya.

Sejurus dengan itu, netizen terus berteka-teki milik siapakah gerangan lelaki misteri tersebut dan sehingga kini Mawar nampaknya tidak menjawap persoalan itu dan membiarkan ianya menjadi teka-teki netizen.


Sementara itu, Mawar ada menulis beberapa coretan sempena kedatangan tahun baru 2021.


“Wahai tahun 2021, saya mahukan lebih cabaran, berhubung dengan lebih ramai orang yang baik-baik, belajar sesuatu perkara yang positif dan menjadi lebih kuat. Selamat tinggal 2020.”


Tidak lama kemudian, Mawar akhirnya tampil menjawab persoalan peminat sama ada dia kini sudah bertemu pengganti bekas suaminya iaitu Fizo Omar.


Malah Mawar turut diajukan soalan sama ada dia akan kembali bersama pelakon drama Adellea Sofea itu namun Mawar hanya menyifatkan soalan itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.




Mawar dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang memahami dan menyokong setiap perkara yang dilakukan olehnya.

Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata positif kepada Mawar. Namun ada juga segelintir yang berseloroh, tak kisah la tangan siapa pun asalkan bukan tangan suaminya..hihi.. macam-macam la angpa ni






Sumber : beautifulnara

Post a Comment

0 Comments