Ticker

6/recent/ticker-posts

Bangun awal solat Subuh dan cari rezeki ubah nasib hidup, kata Uncle Kentang

 



Sebagai umat Islam, permulaan bagi rutin harian kita adalah perkara wajib yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu solat fardhu Subuh.


Malah kebanyakan pakar motivasi dan agamawan juga pernah berpesan, kesan daripada bangun awal pagi untuk solat Subuh ini sangat besar pada gaya hidup seseorang.

 

Rata-rata para ilmuan juga pernah mengingatkan, sesiapa yang mulakan harinya dengan bangun di awal pagi, tubuhnya akan berasa lebih segar untuk menjalani rutin pada hari tersebut.


Sehubungan itu, figura hero jalanan yang disegani ramai, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang turut berpendapat tentang perkara yang sama.


 


Beliau pada pagi ini berkongsi, tanda-tanda seseorang itu benar-benar mahu berusaha keluar dari kehidupan yang sukar adalah dengan bangun awal pagi untuk solat Subuh.


Seiring dengan usahanya yang banyak membantu orang susah, pendapat yang diungkapkannya ini sedikit sebanyak sebagai satu suntikan moral kepada mereka juga.


“Solat Subuh/sembahyang pagi sangat penting kerana ia membuka minda dan keyakinan diri sepanjang hari.


“Ingat, kalau minta bantuan tapi mampu tidur sehingga lapan atau 10 pagi, itu bukan orang susah. Orang susah biasa bangun awal cari rezeki.

 

“BN! sarapan pun jam tujuh pagi. Mereka bukan orang susah, tapi ‘business people’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pagi ini.



Sehubungan itu, Uncle Kentang juga turut menasihatkan bahawa kita pasti akan rasa ada yang ‘tidak kena’ jika tidak melaksanakan perintah wajib itu.


“Jadi nak keluar daripada susah, mesti berusaha. Bangun awal. Solat. Kerana solat itu dapat memberi keyakinan pada diri sendiri sepanjang hari.


“Kalau ‘tuang’ solat, kita akan rasa kita kurang satu. Dan ia akan menggugat keyakinan diri.


“Ini bangun Subuh untuk solat pun malas apa lagi usaha lain. Betul tak? Saya ‘sound direct’. Jangan marah kalau terkena,” tegasnya.

Berikut adalah komen dari netizen.





Sumber: Uncle Kentang

Post a Comment

0 Comments