Ticker

6/recent/ticker-posts

"Harap suatu hati nanti Ustaz ada hospital sendiri" - Fedtri Yahya doakan Ustaz Ebit miliki hospital sendiri suatu hari nanti

 


Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sifat dermawan dan sering membantu golongan memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.


Beliau juga seorang usahawan yang memiliki beberapa cawangan pasar raya di sekitar Lembah Klang.


 

Baru-baru ini, pendakwah popular itu memuat naik sebuah posting berkongsi tentang pembukaan cawangan terbarunya di Danau Kota.


“Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.




Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan beliau termasuklah personaliti televisyen Fedtri Yahya.


Fedtri meluahkan harapan agar suatu hari nanti Ebit dapat membuka hospital sendiri pula.




 

Harap suatu hari nanti ada hospital sendiri


Bagi warganet, mereka menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial.


Sumber : cempedakcheese

Post a Comment

0 Comments