Ticker

6/recent/ticker-posts

Bantuan Komputer Riba Percuma Dan Pelan Data Internet Kepada Golongan B40

 


Seperti yang kita sedia maklum, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato' Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bantuan laptop dan internet percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.


bantuan ini merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan proses pembelajaran mereka daripada rumah secara atas talian.


Bantuan Komputer Riba dan Data Internet Percuma ini adalah disasarkan bagi semua para pelajar universiti yang berasal daripada keluarga B40 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


PANDUAN PERMOHONAN KOMPUTER RIBA


 Untuk pengetahuan anda semua,para pelajar tidak perlu melakukan sebarang permohonan kerana pihak Universiti sendiri yang akan menghubungi pelajar yang layak menerima bantuan ini. 


JENIS BANTUAN YANG BAKAL DITERIMA


1. Komputer Riba Percuma

2. Pemberian Wang Tunai

3. Pinjaman Komputer Riba

4. Bantuan Kewangan Istimewa


CARA MEMOHON PELAN DATA INTERNET


Bagi permohonan ini pula,para pelajar B40 tidak perlu melakukan permohonan kerana pihak Universiti akan menghubungi secara terus para pelajar yang berkelayakan ataupun para pelajar boleh sahaja terus menghubungi pihak HEP Universiti bagi tujuan menyemak kelayakan masing-masing.


Bagi mereka yang layak, anda bakal menerima bantuan tersebut dalam bentuk kad sim. Namun, terdapat juga Universiti yang menyalurkan dan memberikan bantuan dalam bentuk wang ringgit (terus ke dalam akaun bank anda yang aktif).


TAWARAN ISTIMEWA BAGI PAKEJ KOMPUTER RIBA


Bagi mereka yang ingin merasai bantuan harga laptop khas untuk para pelajar IPT, anda hanya perlu melakukan pembelian secara terus melalui online di kedai rasmi seperti di bawah ini:

Komputer Riba Acer : https://store.acer.com/en-my/promotion/students

Kompiter Riba Samsung : https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store

Komputer Riba Apple : https://www.apple.com/my/education/higher-education/

TATACARA MEMOHON PAKEJ PELAN DATA INTERNET


 Untuk makluman, jika anda sebagai pelajar mahu menikmati harga istimewa yang ditawarkan ini anda bolehlah terus ke kedai telco seperti Celcom, Digi ataupun Maxis di kawasan berhampiran dengan anda dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID/MATRIK Pelajar.


MAXIS


CELCOM


DIGI


Sumber artikel : utusankerjaya

Post a Comment

0 Comments