Ticker

6/recent/ticker-posts

“Bukan pakai fasiliti, cuma nak bayar gaji cikgu” - Nabila Huda Bengang Bayar Yuran Penuh Tapi Hanya Belajar Online

 


Seperti yang kita sedia maklum, sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP), semua institusi pendidikan di bawah seliaan KPM termasuk swasta terpaksa ditutup buat sementara waktu dan para pelajar hanya akan menjalani pembelajaran secara online.

Nabila Huda meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa membayar yuran penuh persekolahan anaknya Keisha Laila biarpun hanya belajar secara dalam talian.


Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, berharap pihak sekolah mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah yuran kanak-kanak itu yang berjumlah kira-kira RM18,000 setahun.


Nabila turut berpendapat pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan sejak setahun lalu akibat pand3mik C0vid-19 tidak menarik perhatian anaknya untuk belajar.



"Saya rasa online class tak berjalan (berkesan) untuk anak-anak kita. Saya bayar yuran penuh dan ia sangat tidak berbaloi.


"Saya ingatkan tahun ini sekolah boleh bertolak ansur dengan kurangkan yuran sebab pelajar kena belajar online lagi tahun ini.


"Rupanya tahun ini pun mereka (pihak sekolah) masih lagi mementingkan diri. Tak masuk akal langsung!" kata menerusi posting di Instagram.


Untuk rekod Keisha mengikuti persekolahan di sebuah sekolah swasta.


Selain itu tambah Nabila, dia berpendapat yuran persekolahan perlu dikurangkan memandangkan pelajar tidak hadir secara fizikal di sekolah.


"Kepada semua ibu bapa, dah sampai masa untuk kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa pun nak bantu kita selesaikan masalah yang dah spend duit daripada tahun lepas untuk anak-anak kita tapi (hanya untuk) online classes.


"Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai fasiliti cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ini?


"Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Memanglah orang akan cakap tak tahu, belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tiada masalah," katanya.



Ujar Nabila lagi dalam situasi masyarakat berdepan masalah ekonomi susulan pandemik C0vid-19, pihak sekolah sewajarnya lebih bertimbang rasa dalam soal yuran yang dikenakan.


"Kenapa nak kena bayar yuran penuh? Tak boleh ke sekolah bertolak ansur juga faham situasi kami macam kami faham situasi anda (sekolah) nak kena bayar gaji cikgu? Ini tidak adil untuk kami (ibu bapa dan penjaga).


"Tak boleh nak ikutlah cara begini... tiada ke orang boleh bersuara untuk selesaikan masalah ini?" katanya.


Justeru itu, Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar mengambil keputusan untuk mengaplikasikan kaedah home schooling buat anak tunggalnya itu agar tidak ketinggalan dalam bidang akademik.


Malah, pelakon filem Munafik ini juga turut membuka tawaran jika ada dalam kalangan pengikutnya menawarkan perkhidmatan mengajar di rumah (home schooling).


"Saya bencl home school tapi saya dah tiada pilihan. Jadi saya dan suami dah buat keputusan untuk panggil cikgu untuk ajar Keisha di rumah, untuk semua subjek.


"Ada sesiapa yang tahu cikgu yang mengajar home school tak? Dah mula risau tengok anak tak sekolah dengan proper sejak daripada tahun lepas," luahnya.


Pendapat yang diluahkan Abil itu turut dipersetujui ramai pengikutnya termasuk beberapa rakan artis seperti Nora Danish, Ning Baizura, Eira Syazira, Datin Eina Azman, Emelda Rosmila dan Balkisyh Semundur Khan.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments