Ticker

6/recent/ticker-posts

Episod Akhir Bidadari Salju Buat Penonton Menangis, Netizen Sepakat Mahu Sambungan Musim 2

 


Drama Bidadari Salju yang ditayangkan pada jam 7 petang ini menjadi satu fenomena dikalangan peminat drama tempatan. Bagaimanapun semalam drama hebat ini sudah pun melabuhkan tirainya.


Bidadari Salju yang mengisahkan konfllk rumah tangga antara Kyra dan Hariz mempunyai peminatnya yang tersendiri.


Kisah  yang semakin rumit antara mereka dalam beberapa episod terakhir benar-benar membuatkan penonton tidak senang duduk dengan kesudahan drama terbabit.


Bersempena episod terakhir Bidadari Salju, pelakon utamanya Sweet Qismina telah membuat satu hantaran di laman Instagram miliknya.



Sweet menulis pada ruagan caption:-

“T A M A T 🕊#RARIZ
Maaf kalau ada kekurangan. Harap ada pengajaran yang boleh kita belajar dalam cerita ni especially for young people, yang nak masuk ke alam perkahwinan ☺️ Tq kesayangan.
Kayra signing off !”

Pelakon itu memberitahu tentang tamatnya drama tersebut dan memohon maaf atas kekurangannya.

Selain itu, Sweet berharapat Bidadari Salju dapat memberi pengajaran dalam perkahwinan.

Jika menonton bahagian akhir dalam drama berkenaan, Kyra sepatutnya bernikah dengan Aiman malah sudah hampir untuk dinikahkan.

Namun, kehadiran Hariz pada majlis tersebut telah berjaya mengubah keputusan Kyra pada saat akhir untuk membatalkan perkahwinannya dengan Aiman.

Aiman pula redha dengan keputusan yang dibuat Kyra dengan memilih bekas suaminya, Hariz kembali.

Nampaknya cinta antara mereka masih kuat walaupun mereka menafikannya.


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai peminat yang meninggalkan pendapat mereka mengenai drama tersebut.

Ada juga yang mahu drama itu dilanjutan dengan penghasilan Bidadari Salju 2.







Untuk rekod, Bidadari Salju merupakan sebuah drama Malaysia 2020 hasil sentuhan pengarah Reza Badarudin, terbitan produksi A.Aida Production.

Karya adaptasi novel tulisan Mia Kiff ini menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama. 



Sinopsis
Kerana penampilan yang selekeh, berwajah h0doh dan miskin, Kayra (Sweet Qismina) menjadi m4ngsa bull di sekolah.

Lebih malang apabila Hariz (Adam Lee), seorang pelajar senior turut membenci dirinya, hingga sanggup melemparkan kata-kata fltnah yang menyebabkan Kayra dipulaukan bapa sendiri termasuk masyarakat.

Lapan tahun kemudian, Kayra membesar sebagai seorang wanita yang berjaya dalam hidup.

Namun di hatinya masih tersimpan deendam yang mendalam pada kaum lelaki gara-gara kisah silam yang dilalui.

Hariz kembali dalam hidup Kayra, namun kali ini dengan rasa bersaIah mengenangkan d0sa silamnya pada wanita itu.


 
Lebih daripada itu, Hariz turut menyimpan rasa cinta pada Kayra dan berusaha untuk memenangi hatinya semula.

    




   

Pelakon
Gandingan utama Adam Lee dan Sweet Qismina.

Barisan pelakon pembantu terdiri daripada Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Chacha Maembong, Nazrief Nazri, Jaja Iliyes, Fimie Don, Zaki Azeman, Siti Khadijah, Aqil Taqeeuddin, Silfeny Osman, Damia Qaissarah, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Lisdawati, Lan Zailan, Rosnah Johari, Nizam Kama dan Zulkifli Ismail.

Kredit : hotfm dan illuminasi

Post a Comment

0 Comments