Ticker

6/recent/ticker-posts

Beli Telefon Bimbit Dan Perabot Baharu Bukan Tindakan Bijak Penerima iSinar, Nasihat Pakar

 


Keputusan iSinar sudah diumumkn pada minggu lepas, seramai 2.5 juta pencarum KWSP layak mengeluarkan sejumlah dari akaun 1 dari program iSinar ini.


Bagaimanapun, Ahmad Syakir Junoh yang juga merupakan Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menasihatkan penerima I Sinar agar mengurus kewangan sebaik mungkin ketika pandemik C0VID-19 mencatatkan penambahan kes di negara ini.

Ahmad Syakir dalam satu temubual bersama Awani semalam berkata, perbelanjaan barangan keperluan perlu diberi perhatian ketika ini berbanding kehendak.



"Ketika ini adalah tidak digalakkan memikirkan hal-hal kehendak, seperti tukar telefon bimbit, perabot baru kecuali mereka yang dilanda banjir. Hal-hal itu perlu dilihat semula, saya pasti pencarum dan mereka dapat I-Sinar adalah mereka golongan berkeluarga dan anak ramai.

"Tahun 2021 ada perbelanjaan pembukaan persekolahan, jadi pendidikan ini tidak boleh dikompromi dan perlu diutamakan. Aspek kesihatan juga perlu diutamakan, manakala pembelian emas bukan lagi satu pilihan," katanya.

Tambahnya lagi, masyarakat perlu memastikan terdapat sekurang-kurangnya 10 peratus simpanan daripada hasil kewangan mereka setiap bulan. Ini kerana jelas Ahmad Syakir, bagi memastikan kewangan cukup untuk menghadapi situasi sukar pada masa akan datang.

"Duit I-Sinar ini satu bentuk duit tidak akan perolehi kali kedua dan sebagainya, dengan memenuhi hasrat kerajaan melangsungkan hidup dan sebagainya. Pencarum perlu membezakan keperluan dan kehendak, membuat perancangan berapa diperolehi dan kemana nak dibelanjakan serta apakah bentuk perbelanjaan boleh diguna pakai," katanya lagi.


Terdahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember 2020.

Ia melibatkan pengeluaran diluluskan sebanyak RM19.2 bilion dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.

Kredit Foto: pn bbc Portal

Sumber : gempak

Post a Comment

0 Comments