Ticker

6/recent/ticker-posts

Jadi isteri tak guna, jadi ibu pun tak guna, baik kau mampos je alang-alang dah tak sihat tu...

 



Pada saat ego aku memuncak, aku berpakat dengan kawan kerja wanita untuk berlakon menjadi kekasih aku Dengan harapan isteri aku akan merayu pada aku.

Assalamualaikum min. Aku faiz seorang suami yang ego. Ego hingga aku kehilangan seorang wanita bergelar isteri.

Aku dulunya seorang pemuda kampung. Berkenalan melalui facebook dengan isteriku. Aku tidak tahu isteriku seorang anak orang berada. Pertama kali dia mengajak aku ke rumah orang tuanya, aku terpempam. Pertama kali melangkah ke rumah atau selayaknya dipanggil istana, aku cuak. Cuak bila berhadapan dengan ibu bapanya. 

Namun alhamdulillah, mertua aku sangat merendah diri dan menerima aku seadanya. Aku terharu kerana mereka sanggup menerima aku. Pemuda kampung yang merupakan anak orang miskin. Aku baru memulakan pekerjaan di sektor awam. Berbekalkan hanya sijil spm, aku hanya layak memegang jawatan pembantu am sahaja. Manakala isteriku merupakan lulusan master dan kerja dengan gaji berkali ganda jauh lebih tinggi dari aku.


Kami telah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan anak seramai 4 orang. 90% perbelanjaan rumah ditanggung oleh isteriku kerana gajiku kecil. Duit gaji aku hanya digunakan untuk aku semata mata. Aku memberi rm600.00 sebulan pada ibu dan bapa aku. Manakala untuk isteriku aku hanya memberi sebanyak rm50 sebulan kerana beranggapan isteriku sudah mempunyai banyak duit. Isteriku tidak pernah merungut. Urusan yuran sekolah anak, makan pakai, barang dapur, bil bil dan komitmen rumah kereta isteriku tanggung sepenuhnya tanpa pernah mengungkit dan merungut. Rumah yang dibeli oleh isteriku agak selesa. Segenap ruang isteriku memasang penghawa dingin untuk keselesaan kami sekeluarga. Aku jadi sombong. Aku tidak betah tidur tanpa aircond waima dirumah ibu bapa aku sendiri. Aku jadi lupa daratan.


Di awal perkahwinan, dia kerapa bercerita pada aku. Balik kerja saja, tak berhenti dia cerita pasal anak, pasal kerja. Tapi aku hanya dengar acuh tak acuh saja. Sampailah di usia perkahwinan kami menjejak tahun ke lapan, isteriku jadi pendiam. Hanya bercerita dengan anak. Aku tidak lagi dengar apa apa cerita darinya. Dan aku merasa amat selesa kerana tidak diganggu oleh cerita yang entah apa apa. Aku seorang lelaki yang mempunyai hobi memancing. Setiap kali ada waktu terluang aku akan keluar memancing bersama kawan kawan. Segala urusan keluarga aku serahkan 100% pada isteriku. Aku tidak pernah tahu s4kit demam isteri dan anak. Pernah suatu ketika anakku dimasukkan ke hospital. Bila aku balik memancing, aku dapati tiada orang dirumah. Aku memeriksa telefonku, tiada sebarang panggilan tidak berjawab dan whatsapp dari isteriku. Dan aku, tetap dengan ego dan sombongku. Tidak menelefon dan tidak whatsapp isteriku. Selepas 3 hari, barulah isteri dan anak pulang. Aku bertanya dengan nada kasar


“Kamu kemana? Buat rumah macam hotel. Kalau nak buat perangai macam ni baik kau berambus saja dari rumah ni!!”




 Isteriku menoleh, aku perasan muka isteriku pucat, mata bengkak… Dia menjawab


” ini rumah saya”


Ego saya tercabar. Saya mengatakan dia isteri derhaka. Keluar rumah tanpa kebenaran suami. Dia hanya diam dan membawa anak anak masuk ke bilik. Petang tu barulah saya dapat tahu dari anak bongsu bahawa anak sulong saya telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Isteri membawa kesemua anak saya ke hospital sambil menjaga anak sulong yang s4kit. Dan saya masih ego. Tidak pernah minta maaf.


Semenjak hari itu isteri tidak pernah memberitahu apa apa pada saya. Dia hanya buat mengikut kepala sendiri. Pergi kemana mana tanpa meminta kebenaran saya. Dan saya masih sibuk memancing. Yang saya tahu balik rumah makanan harus disediakan. Pernah suatu hari saya balik isteri tidak masak kerana sibuk dengan anak anak dan urusan kerja. 

Saya mengoyak dokumen kerja yang harus dia hantar pada bosnya hanya kerana geram dia tidak menyediakan makanan. Dia hanya bangun, tanpa berkata sepatah pun berlalu masuk bilik. Ego saya tercabar. Saya merentap rambut isteri saya dan mengamuk macam orang gila. Isteri hanya diam membatu dan kembali masuk bilik anak anak dan mengunci pintu. Bermula dari hari itu, kami berpisah tempat tidur.


Pada saat ego aku memuncak, aku berpakat dengan kawan kerja wanita untuk berlakon menjadi kekasih aku Dengan harapan isteri aku akan merayu pada aku. Bersujud dan melutut padaku. Aku membawa “kekasihku” ke rumah. Isteriku menyambut kami dengan mesra. Selepas aku memperkenalkan wanita tersebut sebagai “kekasih”ku, aku lihat riak isteriku sedikit berubah. Terkejut. Namun sekejap cuma. Dia kembali ke dapur menyediakan makan mnum untuk kami. Dan sangkaanku meleset. Isteriku tetap diam membisu tanpa ada pujuk rayu. Hidupnya hanya bersama anak anak dan aku dibiarkan sepi dengan egoku sendiri.


Sejak 4 bulan sebelum ini, anak anakku sering mengadu ibu mereka tidak sihat. Aku beranggapab isteriku sekadar menyuruh anak memberitahuku semata mata untik dapatkan perhatianku. Aku tetap dengan ego aku tidak mempedulikan isteriku dan sibuk dengan urusan memancing. Sampai di satu ketika, isteriku memanggilku. Setelah hampir 2 bulan kami tidak bercakap. Isteriku meminta aku menjaga anak anak. Kerana dia kuranKerana dia kurang sihat dan tidak mampu menjaga makan pakai anak anakku. Aku mengamuk lagi kerana aku menyangka dia akan memujuk aku untuk berbaik. Aku menyangka isteriku hanya ingin menyusahkan aku.. Aku segera mengemas pakaian anak anak dan menghantar pada keluarga aku. Aku tidak mampu menjaga anak anakku kerana aku tidak menguruskan mereka dari mereka kecil.


Sebelum aku keluar dari rumah, sempat aku melemparkan kata kesat buat isteriku yang terlantar atas katil


” jadi isteri tak guna. Jadi ibu pun tak guna. Baik kau mampus je alang alang dah s4kit tu”


Dia hanya tersenyum dengan mata berkaca sambil mencium anak anak. Anak anak menangis kerana tida mahu berpisah dengan ibunya. Aku rentap tangan anak anak aku dan menyuruh mereka masuk kereta. Ye, aku masih ego.




 

5 hari selepas aku duduk dirumah keluargaku, aku membawa anak anakku pulang ke rumah kerana semua anakku menangis rindukan ibu mereka. Saat anakku masuk ke bilik ibunya, aku berada diruang tamu dengan egoku. Anakku yang sulonh datang padaku dan menangis minta aku membawa ibunya ke hospital. Aku segera masuk ke bilik dan melihatku isteriku terbaring dengan muka yang pucat. Berbotol botol ubat yang aku tidak tahu untuk apa ada di atas katilnya. Dan yang paling membuat aku terkejut, kepala isteriku botak. Ya botak. Selepas kami bercerai tempat tidur, tidak pernah aku lihat kepala isteriku. Aku segera mendukung isteriku dan membawanya ke unit kecemasan hospital terdekat.


Anehnya, apabila sampai sahaja aku kesana, doktor doktor disana seolah olah dan lama mengenali isteriku


“Ya allah mira. Cepat call dr rosnani, bagtahu dia mira kritikal ”


jerit salah sorang doktor disitu. Aku bertanya, macam mana doktor kenal isteri saya? Dia hanya menjawab, biar kami selamatkn isteri encik dulu, nanti sy jelaskan. Encik sila tunggu di luar.


Hampir 5 jam aku menunggu. Doktor keluar dan mengatakan


” maafkan saya encik, keadaan isteri encik sangat kritikal. Kami tidak mampu berbuat apa apa kerana lambat bawa ke hospital. Sel kanser dah merebak pada otak dan menyerang organ dalaman. Kita sama sama berdoa moga ada keajaiban”


Saat tu aku merasa seluruh isi dunia menghempap aku.


Dr rosnani memanggil aku ke bilik kaunseling. Dia menceritakan bahawa isteriku telah disahkan mengidap barah otak pada 6 bulan lepas. Pada awalnya isteriku menjalani rawatan seperti ditetapkan jadual. Isteriku bersemangat untuk pulih pada awalnya. Namun, pada pusingan kimoterapi yang ketiga, isteriku tidak datang lagi ke hospital. Setelah selesai perbincangan dengan dr rosnani, aku kembali ke tempat isteriku.


Luluh hatiku melihat tubuhnya berselirat dengan wayar. Saat itu ego aku runtuh. Hilang sekelip mata. Aku menangis sungguh sungguh tanpa perasaan malu pada mata mata yang melihat. Namun isteriku tetap kaku. Aku menangis memohon maaf. Isteriku dalam keadaan koma sepenuhnya. Doktor tidak mampu berbuat apa2 kerana saraf otak isteriku lumpuh sepenuhnya. Hatinya sudah tidak berfungsi. Buah pinggangnya juga telah rosak.


Doktor menempatkan isteriku di bilik khas. Kami diberi peluang untuk bersama isteriku. Aku malu dengan keluarga mertuaku. Bila ayah mertuaku tanya bila isteriku mula s4kit, kenapa mereka tidak diberitahu, kanser ape dan macam macam soalan, aku hanya mampu diam. Rupanya isteriku tidak pernah menceritakan s4kitnya pada siapa siapa. Dia hanya menanggung seorang diri. Aibku juga tidak diceritakan pada keluarganya. Pada anak anak dia tidak pernah burukkan aku. Saat itu aku sungguh sungguh berdoa moga ada keajaiban. Namun setelah 34 jam isteriku bertarung nyawa, Allah telah menjemput isteriku. Aku meraung sekuat hati. Namun tiada apa yang mampu berubah.


Selepas seminggu pemergian isteriku, aku kembali ke rumah kami. Aku mengemas barang peninggalan isteriku. Dan aku terjumpa diari isteriku. Saat aku membaca diari tersebut, tahulah aku.. Isteri aku terlalu kecewa dengan sikap aku. Terlalu sedih dengan hidupnya. Isteriku tidak punya kawan. Segalanya diluahkan dengan menulis diari. Dia tidak mahu bercerita tentang perlakuan buruk aku pada keluarganya kerana tidak mahu dipandang serong oleh keluarganya.


Sungguh aku menyesal menjadi manusia ego. Kepada suami diluar sana, hargailah isterimu. Sanjungi mereka. Sayangi mereka selayaknya. Doakan aku kuat menjaga anak anakku. Sukarnya menguruskan sebuah keluarga tanpa isteri disisi. Baru ku tahu. Damailah di sana kekasih hatiku mira zulaikha…


Sumber : kisah rumah tangga

Post a Comment

0 Comments