Ticker

6/recent/ticker-posts

Kaedah Pembayaran i-Sinar Dan Tarikh Rasmi Pembayaran Yang Korang Kena Tahu, Jangan Sampai Tersilap!

 


Seperti yang kita semua sedia maklum, disebabkan ramai rakyat yang terkesan kerana pandemik C0VID-19, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan duit dari akaun 1 bagi meringankan beban rakyat.

permohonan i-Sinar yang mula dibuka mulai 21 Disember lalu. 


Menurut kenyataan terbaru KWSP, pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori 1  akan dilakukan bermula pertengahan Januari 2021.


Manakala, bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. 


Kedua dua pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.


Untuk pengetahuan semua pemohon , kaedah pembayaran i- Sinar dilakukan seperti berikut :



Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon.


Berikut adalah respon dari netizen.Ramai yang mengeluh kerana tidak diluluskan walaupun mereka sangat-sangat terkesan dalam masa yang sama ramai juga meluahkan rasa syukur kerana permohonan berjaya.





Untuk info lanjut, layari laman web rasmi i-Sinar KWSP. 


Sumber artikel dari xtra

Post a Comment

0 Comments