Ticker

6/recent/ticker-posts

Menteri buat cara menteri, jururawat buat tugas cara jururawat, kata Annuar Musa

 


Annuar Musa mengingatkan semua pihak memainkan peranan masing-masing ekoran laporan bahawa barisan hadapan negara kini sedang tertekan dan kepenatan dengan situasi semasa pandemik Covld-19.


"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada barisan hadapan, terima kasih kepada semua, kepada doktor-doktor dan jururawat-jururawat. Macam-macam yang saya dengar, ramai yang agak tertekan dan sebagainya. Tetapi kita banyak-banyak bersabar, kita urus bersama masalah ini



"Kalau menteri buat tugas cara menteri, kalau jururawat buat tugas cara jururawat. Tapi tanggungjawab ini semuanya sama, tidak ada kecil, tidak ada besar. Semua penting, tidak ada yang tak penting," katanya dalam sembang santai di laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan, hari ini.


Annuar berkata demikian mengulas kebimbangannya berhubung anc4man Covld-19 kini.



Semalam, sebanyak 4,029 kes positif baru C0vid-19 dicatatkan dan lapan kematlan direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif w4bak itu di negara ini kepada 155,095 kes sertra 594 k0rban.


Jumlah itu merupakan jumlah tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh sebulan.



Selain itu, Annuar yang juga pengerusi jawatankuasa kerja MKN berkata tindakan kerajaan meminta darurat dalam menangani Covld-19 membolehkan kerajaan  menguatkuasakan undang-undang baru dengan lebih cepat.


Tidak seperti sebelum ini, Annuar berkata undang-undang baru hanya boleh dilaksanakan empat hingga enam bulan kerana perlu dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong.


Sumber artikel : MaIaysiakini

Post a Comment

0 Comments