Ticker

6/recent/ticker-posts

Vaksin C0VlD-19 Boleh Ubah Lelaki Suka Kaum Sejenis, kata ketua agama berpengaruh di IsraeI

 


C0VID-19 yang melanda dunia sudah hampir 2 tahun ini memang meninggalkan kesan yang sangat teruk, terutamanya dari segi ekonomi apabila banyak negara miskin dan membangun yang rakyatnya paling ramai dibuang kerja atas sebab perniagaan yang terpaksa ditutup.


Walaupun begitu, dengan usaha yang gigih dari saintis akhirnya vaksin untuk vlrus ini akhirnya ditemui. Pun begitu keberkesanannya masih lagi belum terbukti sepenuhnya.Seperti diketahui, beberapa negara sudah mula melakukan vaksin C0vid-19. Malah, Malaysia juga turut menerima vaksin daripada syarikat farmaseutikal Pfizer pada 19 Januari ini.



Sejak penemuan vaksin diumumkan, muncul golongan antivaksin yang mengeluarkan pendapat mereka sekaligus menjadi anc4man kepada negara kerana tindakan mereka boleh mengelirukan pemikiran masyarakat.

 

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila seorang ketua agama Yahudi (Rabai) berpengaruh di Israel, Rabai Daniel Asor menyeru orang ramai untuk tidak menerima sebarang suntlkan vaksin C0VID-19.




Menurut beliau, vaksln yang disuntlk akan menyebabkan seseorang lelaki menjadi hom0s3ksual. Media Israel, Jerusalem Post dan Israel Hayom melaporkan dakwaan Daniel bahawa fenomena C0VID-19 adalah didalangi oleh pihak tertentu.

 “Setiap vaksln yang dibuat menggunakan substrat embrio, dan kami mempunyai bukti mengenainya, menyebabkan kecenderungan yang berlawanan.

“Vaksin diambil dari substrat embrio, dan mereka juga melakukannya di sini, jadi, ia boleh menyebabkan kecenderungan yang berlawanan,” katanya.



Bagaimanapun, setelah mengaitkan vaksin dengan kaum sejenis, Asor turut mengaitkan pula dengan teori konspirasi.


“Pandemik yang berlaku adalah sengaja direka oleh ‘kumpulan rahsia’ antarabangsa seperti Freemason, Illuminati dan pengasas Microsoft, Bill Gates,


“Penyaklt dan vaksln dihasilkan adalah bagi membentuk oder dunia baharu (New World Order),” katanya.


Memetik laporan The Times of Israel, setakat ini seramai 17,000 rakyat Israel menerima suntikan kedua vaksln dan tiada kesan sampingan dilaporkan.


SUMBER: News18 via gulapop

Post a Comment

0 Comments