Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelawak Sekarang Ramai Yang Syok Sendiri, Tak Sensitif, Kata Hamid Ghurka

 


Kita membesar dengan filem yang diarahkan oleh Tan Sri P.Ramlee, jika perasan lawak yang ditonjolkan dari dulu sampai sekarang masih lagi relevan.

Lawak yang dibuat pun bukan sambil lewa, ada mesej yang tersirat.Berbeza sangat dengan lawak yang diketengahkan oleh pelawak zaman millenium sekarang.


Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada pelawak mengguna jenaka berunsur lvc4h sehingga mengundang kecaman. Sudah lama berada dalam industri hiburan tanah air, pelawak veteran Hamid Ghurka menyifatkan pelawak masa kini hanya syok sendiri dan tiada mesej dalam berjenaka.


Menurut Hamid lagi, rata-rata pelawak zaman sekarang disifatkan ‘kosong’ dan tidak sensitif dalam berjenaka sekaligus memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.


“Pelawak sekarang banyak buat komedi syok sendiri. Tidak fikir sensitiviti orang. Kami buat lawak dulu ada mesej, bukan komedi kosong sekadar nak buat orang ketawa semata-mata.


“Kadang-kadang ada segelintir pelawak yang buat jenaka syok sendiri. Tak ada mesej. Kelakar kosong sahaja. Kita buat lawak kena ada mesej dan jangan membuat penonton berkecil hat,” katanya.



Pelawak berusia 88 tahun itu berkata, ketika zaman kegemilangannya mereka digelar ‘pelawak kerajaan’ kerana dalma berjenaka tetap menyampaikan mesej yang baik.


“Sebab itu orang dahulu gelar kami ‘pelawak kerajaan’. Kita bantu menyalur mesej baik walaupun dalam berjenaka. Tapi itulah, kita ini hanya mampu beri pandangan. Siapa nak dengar kan,” katanya


Terdahulu, rular di media sosial apabila sebuah kumpulan lawak mengguna jenaka berunsur lvc4h sehingga mengundang kecaman netizen serta meminta ahli kumpulan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pelawak veteran kita ini.Ada juga yang berseloroh mengatakan lawak zaman dulu terlalu banyak mesej sampai sekarang pelawak sudah kehabisan mesej nak disampaikan bersama lawak. 






Dulu pelawak buat lawak penonton yang bergelak tawa tapi sekarang pelawak buat lawak tapi dia sendiri yang gelak..


 

SUMBER  UTUSAN ONLINE via rotikaya

Post a Comment

0 Comments