Ticker

6/recent/ticker-posts

Syamira Safiya Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Neelofa

 


Minggu lepas kecoh di media sosial apabila dikatakan seorang individu telah memuat naik satu kenyataan yang dikatakan memfitnah Neelofa.


Sehubungan dengan itu, PA Neelofa telah update satu ig story mencari individu bernama Syamira Safiya.Terbaru Syamira tampil mengakui ada mengeluarkan kenyataan di Twitter dan pelbagai platform media sosial lain tanpa asas dan tidak benar pada 26 Disember lalu.


"Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.


"Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar," katanya.


Syamira juga menegaskan bahawa dia tidak berniat jahat ketika menulis kenyataan itu sekali gus kesal dengan tindakannya. 



"Kenyataan itu tidak dibuat dengan niat j4hat untuk berb0hong atau mencemarkan nama baik mereka.


"Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka," katanya. 


Dalam masa sama, Syamira berkata permohonan maaf itu dibuat atas kerelaan hatinya sendiri. 



"Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak," katanya. 


Syamira sebelum ini berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej dari aplikasi WhatsApp berkenaan hubungan Neelofa dan PU Riz serta beberapa perkara.

Berikut adalah beberapa komen dari netizen berkenaan isu ini.






Terdahulu, Harian Metro melaporkan Neelofa menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya sudah berkahwin di Kelantan, terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu. 


Sumber : harian Metro

Post a Comment

0 Comments