Ticker

6/recent/ticker-posts

Pembayaran pertama i-Sinar dikreditkan bermula hari ini

 


Bermula pada pukul 12 tengah malam 3/1 yang lalu, pemohon skim i-sinar boleh menyemak status permohonan sama ada layak atau tidak.


Dan berita baik kepada mereka yang berjaya, Sebahagian pemohon skim i-Sinar mampu tersenyum lebar apabila menerima bayaran pertama yang dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat bermula hari ini.


Bayaran melalui akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu dibuat selepas pemohon menerima keputusan permohonan mereka yang boleh disemak semalam menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.



Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial berkongsikan kegembiraan mereka semalam selepas mengetahui status permohonan mereka diluluskan KWSP.


Bagi @puterirajaawan, dia melahirkan rasa syukur selepas permohonannya diluluskan dan meminta orang ramai untuk memeriksa status mereka.


“Alhamdulilah, guys you can now check your i-Sinar application already (kamu semua sudah boleh semak permohonan i-Sinar),” ciapnya.



KWSP sebelum ini menjelaskan pembayaran pertama i-Sinar bagi kategori satu akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.


Bagi kategori dua pula, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. 


Berikut adalah respon dari netizen berhubung berita baik ini.





Kepada mereka yang berjaya lulus permohonan i-sinar ini diharapkan menggunakan duit dengan berhemah, janganlah ada yang masuk mana-mana skim cepat kaya atau menggunakannya untuk membeli ps5 atau iphone.


Artikel diambil dari  K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments