Ticker

6/recent/ticker-posts

Please, No more' Cik B!, kata Aniq Suhair

 


Tidak berapa lama dulu, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, cik B digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baharu, Aniq Suhair. Tapi ianya hanyalah dalam sebuah drama bersiri yang ditayangkan di televisyen swasta tidak berapa lama dulu.


bagaimanapun Aniq berkata, dia enggan lagi terus dikaitkan dengan bintang remaja, Cik B, 15, yang juga anak pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.


Aniq ditemui harian metro baru-baru ini berkata sempena tahun baharu ini, dia berharap mereka tidak terus dikaitkan  dengan apa sahaja tanggapan, meski masih berkawan rapat.


"Sekarang dah tahun baharu 2021 pun, jadi kiranya cerita saya dengan Cik B itu, dah boleh tutuplah. 'No more' Cik B lagi.


"Saya ketika ini, nak tumpu pada kerjaya seni sahaja kerana jadual berlakon pun padat sangat. Masa berehat saya, hanya sehari dan selebihnya bekerja.



"Jadi pasal perempuan ke, bercinta, saya nak ketepikan dahulu. Saya taknak serabutkan kepala nak fikir banyak benda, selain fokus pada kerja sahaja," katanya kepada Harian Metro.


Kisah hubungan Aniq dan Cik B menjadi perhatian di Twitter pada November tahun lalu apabila mereka bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3, terbitan Zeel Production.


Berlakon sebagai pasangan kekasih yang akhirnya berkahwin dalam drama itu, huhungan Aniq dan Cik B dilihat semakin mesra kerana mereka saling berbalas komen di media sosial.


Justeru itu, sebagai pelakon baharu dia tidak berniat cuba mengaitkan namanya dengan kisah sensasi seperti percintaan. Ujarnya, kisah dia dan Cik B 'dicipta' hanya untuk suka-suka.



"Saya dan Cik B, kami memang tak bercinta pun. Hanya berkawan baik dan rapat sahaja. Lagi pun, Cik B masih bersekolah, umur 15 tahun dan takkanlah saya nak bercinta dengannya.


"Dia gadis di bawah umur kot. Cukup-cukuplah dengan dakwaan negatif yang dilemparkan kepada saya selepas kisah dengan Cik B itu hangat. Bagi saya, kami hanya berurusan atas dasar kerja sahaja," katanya.


Tambahnya lagi, dia  juga bersyukur kerana kelab peminatnya kekal memberikan sokongan padu dan tidak mudah percaya dengan cerita sensasi. Ujarnya, rata-rata ahli kelab peminatnya tahu bahawa di antara dia dan Cik B tidak bercinta.

Beriku adalah beberapa respon dari netizen 





Bagi perkembangan terbaharu karier lakonannya, Aniq yang juga finalis Hero Remaja 2020, kini membintangi drama Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia, TV3.

Artikel dari harian metro

Post a Comment

0 Comments