Ticker

6/recent/ticker-posts

Sajat Alami Tekanan Perasaan Sampai Terpaksa Makan Ubat Tidur

 



Sejak beberapa hari lalu, nama usahawan kosmetik sensasi, Sajat Kamaruzzaman kembali menjadi bualan ramai selepas memuat naik video pendedahan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Menerusi perkongsian itu, Sajat meluahkan rasa kesal kerana telah dilayan dengan tidak wajar meskipun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS. Bagaimanapun, perkongsiannya itu hanya mengundang kecaman netizen.


Terbaru, Sajat dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story mendedahkan mengalami tekanan perasaan sehingga terpaksa makan ubat tidur selama empat hari berturut-turut.



Sajat turut meluahkan dia hanya mahukan ketenangan dan kebahagiaan seperti keluarga lain. Dalam entri tersebut, Sajat turut berkongsikan fotonya memakai alat pernafasan di sebuah pusat perubatan.


“Bila mati..semua akan tenang. 2021 aku nak tenang, aku nak bahagia. Aku nak hidup macam keluarga lain..Insyallah. Terima kasih. Buat saya makin dekat dengan tarikh mati saya,” tulisnya.


Terdahulu, Sajat memaklumkan dia ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru. Ujarnya, siasatan dilakukan susulan laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 di mana dia mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Sksyen 16 Shah Alam.

 

SUMBER  MURAI.MY via rotikaya

Post a Comment

0 Comments