Ticker

6/recent/ticker-posts

Suri rumah meninggal dunia selepas kereta dipandu anak rempuh besi penghadang jalan

 


Seorang suri rumah maut terkena besi penghadang jalan selepas kereta yang dipandu anak perempuannya terb4bas di Kilometer 30.2, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai, dekat Pangkal Gong di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, mangsa, Wan Salwiah Wan Mahmood, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kec3deraan p4rah pada beberapa anggota badan.


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superitendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan mendapati, m4ngsa dan anak perempuannya, Amirah Zahirah Mohd. Zin, 21, yang memandu kereta jenis Perodua Alza sedang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Ketereh.


Katanya, setibanya di lokasi kejadian, anak m4ngsa dipercayai gagal mengawal kereta itu sebelum meremp0h besi penghadang jalan di bahagian kiri jalan.




“Besi penghadang jalan sepanjang lima meter itu tertusuk ke bahagian penumpang hadapan kereta sehingga menyebabkan Wan Salwiah mengalami kec3deraan.


“Anak m4ngsa bagaimanapun hanya mengalami kec3deraan ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.



Menurut Mohd. Zamri, m4yat m4ngsa dibawa ke Hospital Machang untuk proses b3dah siasat.

 

Ujarnya, jen4zah mangsa telah dituntut oleh keluarganya yang tinggal di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong di sini untuk urusan pengebumian.


Kes disiasat mengikut Sksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Sumber : cempedakcheese

Post a Comment

0 Comments