Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiga bulan rawat PESAKlT C0VlD-19 di Hospital Sungai Buloh, Doktor muda ini berasa kecewa, alami keletihan melampau sehingga terpaksa...

 


Tiga bulan menjaga pesaklt C0vid-19 di Hospital Sungai Buloh, Dr Mustafa Kamal berasa kecewa, mengalami keletihan melampau (burnt out) dan akhirnya terpaksa mengambil cuti sebagai langkah menjaga kesihatan mentalnya sendiri.


Doktor berusia 27 tahun itu kemudian berkongsi apa yang dialaminya di media sosial - mengenai permohonan cuti kec3masan (EL) serta cuti sakltnya (MC) yang dipersoalkan ketuanya dengan nada tanpa simpati.


Ketika dihubungi pihak Malayslakini, Mustafa berkata dia kini kembali bekerja meskipun masih berasa tidak sihat.


“Saya tak pernah ambil MC, ambil EL, atau dikuarantin sepanjang tempoh C0vid.

Gambar hiasan



“Ini kali pertama saya ambil EL dan MC, tetapi ketua saya hilang sabar, seolah-olah ini (masalah kesihatan dialaminya) adalah isu biasa,” katanya.


Menurut Mustafa, dia ke unit psikiatri hospital selepas berasa letih melampau dan mengalami simptom gelisah (anxiety) pada setiap kali memulakan syif kerjanya.


“Saya minta dipindahkan ke Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang yang menjadi pusat kuarantin pesaklt C0vid-19) atas alasan logistik.


“Saya tinggal di Bukit Jalil dan Maeps terletak 8km dari rumah,” katanya.


Menurut Mustafa kos perjalanan dari rumahnya ke Sungai Buloh bukan murah kerana menelan belanja sehingga RM300 setiap bulan, malah memakan masa.


Katanya setiap perjalanan ke tempat kerja boleh memakan masa sehingga sejam.


Mahu dilayan lebih baik



Setelah mendapatkan rundingan kesihatan, dia menerima ubat preskripsi untuk merawat kegelisahannya dan disyorkan menghantar permohonan untuk berpindah sekali lagi.


Bagaimanapun, katanya, pengalaman berurusan dengan sistem meletakkan dia dalam rasa keadaan kesal dan putus asa.


“Saya tak rasa saya boleh percayakan sistem itu lagi.


“Saya dah buat segala-galanya mengikut saluran, tetapi apa pun saya buat, saya diherdlk,” katanya.


Mustafa turut berkongsi t4ngkap layar perbualannya yang dikatakan berlangsung di antara dia dengan ketuanya, yang memberikan bayangan bahawa dia mungkin tidak sesuai berkhidmat dalam kerja-kerja C0vid-19 jika burn out menjadi isu.


Secara keseluruhan, katanya, dia dapat memahami jika ramai lagi doktor yang terper4ngkap dalam situasi sama, tetapi takut untuk bersuara.


Meskipun begitu, Mustafa menggesa mereka untuk tetap tampil dan bersuara.



“Saya cuma mahu setiap pekerja perkhidmatan kesihatan dilayan dengan baik, sehabis manusiawi yang mungkin,” tegasnya menjawab apa yang menjadi motivasi untuk dia tampil bersuara.


Semalam, seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh membangkitkan tentang keadaan bebanan yang ditanggung petugas kesihatan di kemudahan C0vid-19 itu, yang digambarkan sebagai sudah melangkaui takat gagal (breaking point). 


Antara lain, doktor itu berkata hospital berkenaan kekurangan kemudahan asas seperti tiada bilik syif on-call dan makanan syif on-call, di tengah peningkatan bilangan kes baru pesaklt C0vid-19.


Di hari ketiga perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua, Malaysia mencatatkan kes tertinggi jangkltan harian dengan 4,029 kes positif C0vid-19 baru.

Artikel dari MaIaysiaKlni

Post a Comment

0 Comments