Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita ini kongsikan kisah mereka sekeluarga yang 'teraniaya' kerana kecuaian KKM

 


Seorang wanita yang dikenali sebagai Azra Ghaz telah berkongsikan luahan kekecewaannya di fb miliknya mendakwa kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anaknya dijangklti C0vid-19 daripadanya suaminya.


Justeru itu, wanita menggunakan akaun dikenali sebagai Azra Ghaz mendakwa kecuaian KKM memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen kepada suaminya, menyebabkan dia dan anaknya terdedah kepada w4bak itu.


"Suami saya dijangklti ketika berada di wad hospital. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul ketika merawat suami saya.



"Kecuaian KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal sebenarnya suami saya positif Covid-19.


"KKM mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya kami di rumah pula terdedah kepada w4bak C0vid-19," katanya.


Menurutnya, susulan itu mereka sekeluarga kemudiannya membuat ujian saringan C0vid-19 sebelum dimaklumkan positif vlrus itu ketika menjalani tempoh kuarantin.



"Kerana kesilapan KKM, mereka membhayakan nyawa kami sekeluarga. KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RTK-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif.


"Apakah signifikannya melakukan RTK-PCR selepas incubation period (tempoh inkubasi) 10 hari, sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar," katanya.


Justeru, katanya, itu antara isu akan dibawa dalam pertemuan diaturkan KKM bagi membincangkan aduan rasminya.


"Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memakl hamun dan menyumpah seranah KKM. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang.

Gambar hiasan


"Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri dan menerima sahaja penlndasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM," katanya.


Dalam pada itu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan suami kepada wanita terbabit mendakwa dijangklti vlrus terbabit ketika mendapatkan rawatan akibat jangkltan n4nah pada bahagian pinggul di sebuah hospital pada 7 Disember tahun lalu.


Lelaki dikenali sebagai Muhammad Ghazali itu berkata, selepas dua hari dimasukkan ke hospital terbabit, dia diarahkan menjalani ujian saringan C0vid-19 selepas terdapat kes positif w4bak itu di wad didudukinya.


Dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember, namun keputusan ujian disahkan negatif serta dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.


Bagaimanapun, pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya disahkan positif C0vid-19 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya.


Sumber : harian metro

Post a Comment

0 Comments