Header Ads

Breaking

Monday, January 18, 2021

Moral Kanak-Kanak Akan Turun Ke Tahap Terendah Jika Sekolah Ditangguh Lagi, Kata Pakar

 


Pakar pediatrik berkata, pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan sesi persekolahan tertangguh lagi bakal memberi kesan negatif ke atas pelajaran kanak-kanak.


Kew Seih Teck dari Universiti Malaysia Sabah berkata, penangguhan sesi persekolahan bakal menjejaskan em0si mereka, selain tahap motivasi serta moral akan turun ke tahap terendah.


Katanya, selepas mengharungi sesi pembelajaran secara atas talian hampir sepanjang tahun lalu, tahap pemahaman pelajar, khususnya yang berada di tahun dua hingga enam agak kurang dan sekiranya cara pembelajaran itu diteruskan lebih lama, ia bakal menjejaskan prestasi mereka.


”Kanak-kanak yang mahu masuk ke tahun satu bukan sahaja akan berasa hampa kerana tidak dapat berjumpa kawan atau cikgu baharu, malah mereka juga belum bersedia untuk belajar secara atas talian.


”Sementara itu bagi pelajar yang akan naik ke tahun dua hingga enam, apakah yang telah mereka pelajari tahun lalu secara atas talian dan adakah ia akan berulang lagi? -Kew Seih Teck


“Mereka tidak dapat berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan dan ini akan menjejaskan em0si, selain tahap motivasi dan moral akan turun ke tahap terendah,” katanya kepada FMT.


Kew berkata, asas pembelajaran yang tidak kukuh bakal menjejaskan pembelajaran kanak-kanak apabila mereka melangkah ke sekolah menengah.


Selain itu katanya, persiapan bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) turut terjejas kerana tahap persediaan yang kurang memuaskan.



”Berkurung di rumah, belajar secara atas talian, bermain dengan telefon bimbit dan sebagainya akan menjejaskan pembelajaran, selain kesihatan mereka.


“Persiapan kurang memuaskan dalam kalangan pelajar yang berada di sekolah menengah, terutama yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM, akankan menjejas keputusan peperiksaan serta peluang kursus permintaan di peringkat universiti.


”Kesimpulannya, sistem pelajaran kita akan terjejas jika PKP berlanjutan ke satu tempoh yang agak lama,” katanya.



Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Jan depan di seluruh negara berikutan keadaan semasa jangk!tan C0VID-19.


KPM berkata, sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.


Katanya, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Jan ini.


- Artikel dari mykmu, FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.