Header Ads

Breaking

Tuesday, January 19, 2021

(VIDEO) Selalu sangat bazirkan makanan, gadis ini ditinggalkan kekasih ketika sedang dating

 


Sudah menjadi lumrah apabila bercinta pasti pasangan akan keluar dating bila ada masa terluang contohnya hujung minggu dan terutamanya ketika dapat gaji.


Teman lelaki selalunya akan bawa awek tercinta makan di tempat yang hipster dan tidak berkira abis duit banyak demi menunjukkan keikhlasannya kepada sang kekasih.


Namun, jika anda perasan selalu sangat perempuan tidak menghabiskan makanan walaupun semasa nak order, kalau boleh semua menu dia nak sebat.. ye lah orang belanja kan? Selalunya siapa yang jadi m4angsa? semestinya orang lelaki...


Baru-baru ini viral satu video yang telah dikongsikan oleh seorang kekasih dimana dia keluar dating di restoran mahal dengan teman lelakinya.


Namun menurut apa yang dilaporkan di portal gulapop, makanan yang dipesan tidak habis dan hanya membiarkan sisa makanan kerana sudah kenyang. Melihatkan pembaziran tersebut, teman lelakinya menghantar mesej kekecewaan sebelum berlalu pergi.


Gadis tersebut kemudian membalas mesej tersebut dengan ucapan maaf dan berjanji itu adalah yang terakhir kerana jika dia boleh muntah jika dipaksa untuk menghabiskan makanan ketika itu.


Perkongsian video di aplikasi TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan tindakan teman lelakinya itu untuk memberikan pengajaran.





Kata netizen lagi, kaum wanita tidak sepatutnya memandang ringan dengan perkara tersebut memandangkan teman lelaki yang bersusah payah keluar duit.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan boleh sahaja bungkus untuk dibawa pulang makanan tersebut jika tidak mampu untuk dihabiskan.

SUMBER: Tiktok via gulapop


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.