Ticker

6/recent/ticker-posts

Bantuan i-Suri berjumlah RM 480 kepada golongan wanita seperti suri rumah, balu dan ibu tunggal.

 


Jumlah Bantuan Keseluruhan 


Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.

Tahukah anda, bantuan kematlan turut disediakan sebanyak RM 2,500.

Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.

Bantuan hilang upaya turut disediakan

Syarat Kelayakan iSuri KWSP



 

Kepada sesiapa yang berminat membuat pendaftaran iSuri ini, anda perlu mempunyai kelayakan telah ditetapkan :

Warganegara Malaysia

Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih

Belum mencapai umur 60 tahun

Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP

Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Siapa Yang Boleh Mencarum ?

Suami bagi pasangan yang layak

Diri sendiri (Isteri)

Borang Pendaftaran Dan Cara Permohonan


Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:

Borang i-Suri - KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)

Borang i-Suri - KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkataan kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan program ini.


Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.


Pembayaran Caruman 


 



Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.


Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :

Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP

Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.

Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

Peringatan !

Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)

Semakan Status Pedaftaran iSuri

Anda perlu layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut -Semakan Online

Anda perlumasukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran.


Sumber : kerjasemasa.com

Post a Comment

0 Comments