Ticker

6/recent/ticker-posts

Ezzaty Abdullah Bengang Dengar Bunyi Mercun, Ganggu Orang Tidur

 


Negara Malaysia satu-satunya negara yang unik,kerana kita yang berlainan bangsa dan agama saling hidup harmoni dan saling hormat menghormati.Seperti yang kita tahu, setiap bangsa/agama ada perayaan yang mereka sambut setiap tahun.


Bagi kaum cina setiap kali sambutan Tahun Baru Cina pasti akan kedengaran bunyi mercun yang menjadi tradisi masyarakat Tionghua.


Namun, ada yang kurang senang dengan bunyi mercun yang kuat sehingga menganggu ketenteraman orang lain terutama di kawasan perumahan, lebih-lebih lagi jika bermain di tengah malam.


Menerusi Insta Story, pelakon Ezzaty Abdullah meluahkan rasa bengang dengan bunyi bising mercun sehingga lewat malam serta menyifatkan mereka yang bermain mercun pentingkan diri.


Tambahnya lagi, dia baru sahaja ingin berehat setelah penat bekerja dan menguruskan anak kecil, namun dikejutkan dengan bunyi bising sekitar pada 12.30 tengah malam.


Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu turut meminta agar individu berkenaan supaya memahami penduduk sekeliling lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil dan mengganggu tidur mereka.


“Cuba fikir kalau orang ada anak kecik yang susah nak tidur. Lepastu dia dah tidur. Mak bapa dia baru nak tarik nafas lega lepas sehari suntuk penat jaga dia yang buas.


“Tiba-tiba kau main memekak main mercun lepastu budak tu bangun nangis-nangis balik. Apa perasaan mak bapa tu? Kalau kau pentingkan diri sangat pun. Kau fikir kalau kena kat diri kau la,” tulisnya lagi.


Untuk rekod, pelakon cantik manis Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga ada Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

0 Comments