Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Remaja ini sengaja 'wheelie' motor, sampai jatuh orang tua terhentak ke belakang

 


Apa nak jadi dengan generasi muda zaman sekarang? Sudah tiada sikap hormat pada orang yang lebih tua sampai anggap warga emas ini seperti rakan sebaya?


Satu video telah viral selepas dikongsikan oleh seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai m1nnnt, beliau telah memuat naik satu video yang memaparkan seorang lelaki sedang merakamkan aksi seorang remaja dengan sengaja menganlaya lelaki tua ketika dia sedang membonceng motor.


Video yang berdurasi hampir 20saat itu dirakam dengan penuh gelak ketawa oleh sekumpulan remaja lain yang dipercayai rakan kepada remaja tersebut.



Menerusi video yang diviralkan itu, pada mulanya remaja yang tidak berbaju itu dilihat seperti memperlawa lelaki tua itu menaiki motor bersama dengannya.


Sejurus melihat lelaki tua itu memanjang untuk duduk dibelakang motor tersebut, remaja itu dengan sengaja membuat akli wheelie sehingga membuatkan warga emas itu jatuh.




Yang paling tidak boleh diterima dek akal apabila melihat lelaki tua itu jatuh, sekumpulan remaja lain yang dipercayai kawan kepada budak lelaki tersebut tanpa segan silu atau rasa bersaIah gelak ketawa macam orang hllang akaI.


Tindakan yang sungguh tidak boleh diterima yang dibuat oleh remaja tersebut dan kawannya mendapat kecman dari netizen.


Ramai yang menzahirkan rasa kasihan apabila melihat orang tua yang layak dipanggil atuk itu jatuh terhentak ke belakang dan tidak dapat dipastikan sama ada dia mengalami kecderaan atau tidak.




Sumber: twitter m1nnnt

Post a Comment

0 Comments