Ticker

6/recent/ticker-posts

9 Pengemis Dikompaun RM10,000 setiap seorang kerana tidak memakai pelitup muka di Lahad Datu

 


Mereka dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Per.intah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op C0vid-19, semalam.


Kesemua wanita daripada komuniti Palauh yang berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.


Ketua Po.lis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi pemantauan Op C0vid-19 yang dijalankan di dua lokasi pada 12 tengahari itu, 25 kanak-kanak yang merupakan anak kepada sembilan palauh itu turut dita.han.


Beliau berkata, operasi itu dijalankan bagi mengesan individu yang meminta sedekah daripada pengguna jalan raya tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penj.arakan fizikal.


Kredit: Sabah Post

Artikel menarik lain : Lelaki Dan Anaknya Berjalan Sejauh 100KM Cari Kerja Setelah Ditinggalkan Isteri



Menurut laporan Siam News, difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu nekad meninggalkan mereka dipercayai dengan ‘melarikan diri’ bersama lelaki lain.


Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga berjalan kaki di tengah panas kira-kira sejauh 100 kilometer untuk sampai ke lokasi tersebut sebelum terserempak dengan seorang pemandu yang baik hati.


Menerusi laman Facebook, Pak Ratthaphim memuat naik posting berkongsi kisah mengenai lelaki berkenaan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja pada minggu lalu.


“Masa memandu ke tempat kerja, saya ternampak seorang lelaki membawa dua beg dan memegang tangan kanak-kanak kecil, dipercayai anaknya di tepi jalan di Ban Kham,” katanya.


Tidak sampai hati melihat situasi tersebut, Ratthaphim berpatah semula sebelum memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk bertanya lebih lanjut kepada lelaki berkenaan.


Selepas mengetahui cerita sebenar, Ratthaphim kemudian menumpangkan mereka ke Korat dan memberi sedikit wang selain sempat memberi pesanan kepada lelaki itu agar menjaga anak-anak dengan sebaiknya.


Dari dalam kereta, dia melihat lelaki berkenaan terus membawa kedua-dua anaknya masuk ke dalam restoran yang pasti kelaparan setelah berjalan jauh mengikut si bapa.


“Selagi kita boleh bantu, mari bantu antara satu sama lain. Semoga lelaki itu kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” ujar Ratthaphim.


Sumber: Siam News , Thai News Online


Post a Comment

0 Comments