Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Masa Saya Menyorok, Muka Cantik Nak Menyorok? Merepek!, tegas Sajat

 


Seperti yang kita sedia maklum, usahawan kosmetik, Sajat dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dicari hampir sebulan yang lalu namun masih belum ditemui.Bagaimanapun usahawan tersebut dilihat masih aktif di media sosial.

Menerusi video live terbaru di Instagram pagi semalam, Sajat bagaimanapun tidak menunjukkan wajah kepada netizen selain mengatakan dirinya dalam keadaan baik.


Malah, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menjawab beberapa soalan termasuk isu mur.tad dan dakwaan bersem­bunyi daripada pihak JAIS dan poIis.


“Kata kita murt.ad, suka hati saja (buat tohm.ahan),” katanya sambil menafikan dirinya keluar Islam.


Dalam pada itu, Sajat menafikan kononnya dia bersembunyi selepas wa.ran tan.gkap dikeluarkan susulan gagal hadir untuk sebutan semula kes di mhkamah pada 23 Februari lalu.


“Bila masa (saya) menyo.rok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” katanya lagi.



Kata Sajat lagi, pihak berkuasa tidak mencarinya, serta yakin poIis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding dirinya.


Difahamkan, itu adalah merupakan kemunculan pertama Sajat di Instagram sejak pihak berkuasa berusaha menjejakinya.

 

SUMBER  KOSMO! via rotikaya

Post a Comment

0 Comments