Selepas ramai netizen tidak berpuas hati soal ramai hadirin yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pihak kerajaan, maka pihak poIis sudah mengambil tindakan memanggil pasangan pengantin tersebut semalam dan hari ini menurut laporan dari harian metro.
Pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan dipanggil pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, selain daripada pengurus acara berkenaan, beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel turut akan dipanggil bagi memberi keterangan.
"Semalam, pihak po.lis sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini, dijangkakan akan ambil keterangan dari pengurus acara majlis berkenaan.
"Saksi-saksi lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohamad Zainal berkata, orang ramai diminta untuk tidak salah faham berhubung pengeluaran ko.mpaun terhadap kesal.ahan mela.nggar SOP.
"Polis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup, jadi si.asatan perlu dijalankan.
"Kalaulah majlis itu masih berjalan dan ketika itu juga polis menerima laporan mengenai perl.anggaran SOP, sudah pasti kita akan ke lokasi dan mengeluarkan ko.mpaun," katanya.
Menurutnya, sia.satan perlu dijalankan bagi mengenal pasti gambar yang tular termasuk kesahihan gambar terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.
"Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tind.akan sewajarnya akan di ambil selepas kertas sias.atan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.
Harian Metro kelmarin melaporkan selebriti popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini.
Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.
Namun, satu gambar tular di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
0 Comments