Header Ads

Breaking

Sunday, March 21, 2021

Elizabeth Tan sudah berkahwin?

 


Penyanyi berbangsa cina yang jadi idaman ramai lelaki Malaysia sebelum ini dilaporkan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.Lizzy juga pernah memuat naik beberapa gambar di laman sosial miliknya memperlihatkan dia sedang mengenakan busana pengantin berwarna putih sambil memegang sejambak bunga.


Lizzy dah kahwin?


seorang pengguna Facebook, David Tan Suan Chew yang mengaku sebagai bapa kepada Elizabeth Tan telah memuatnaik satu foto yang memaparkan anak perempuan bongsunya sedang berpegang tangan bersama seorang lelaki dengan berlatar belakangkan hiasan bunga-bunga seperti ‘pelamin’.


Lebih menarik perhatian ramai apabila melihat Lizzy lengkap memakai busana pengantin berwarna putih sambil tersenyum ke arah lelaki yang berdiri dihadapannya. Di Instagram, ada juga individu telah memuatnaik beberapa video dan foto sewaktu majlis perkahwinan itu berlangsung. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sebarang respon yang diterima daripada tuan badan sendiri.


So sweet!



Tahniah!




Sumber: David Tan Suan Chew, Esther Ann via ohbulan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.